TAHNIAH ! Pasukan SUKSEL daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Menjadi Juara !

Pada hari Jumaat, 26 dan 27 September 2013 yang lalu, telah berlangsung Majlis Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Selangor kali ke-26. Ia merupakan satu tarikh bersejarah kepada pasukan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, SUKSEL, kerana telah menjuarai pertandingan untuk kategori teknikal. 

7 pasukan bertanding di dalam kategori teknikal dan masing-masing mempersembahkan projek yang menarik. Walaubagaimanapun, tuah lebih memihak kepada pasukan SUKSEL dan sudah pastinya ini membanggakan kami sebagai warga SUK. Sudah pastinya berkat usaha dan penat lelah oleh semua ahli kumpulan membuahkan hasilnya yang amat manis dengan kemenangan yang dikecapi kali ini.  Saya mewakili Kelab SUK Selangor dan juga warga kerja SUK Selangor mengucapkan jutaan tahniah dan yang paling utama sekali ialah harapan kami agar pasukan SUKSEL dapat menjuarai pertandingan di peringkat kebangsaan yang akan berlangsung pada 30 November sehingga 3 Disember 2013 di Borneo Convention Center, Sarawak. KAMI AKAN MENDOAKAN ANDA!

SEDIKIT MAKLUMAT MENGENAI PASUKAN SUKSEL DAN PROJEK YANG DIPERTANDINGKAN




GAMBAR KENANGAN KEMENANGAN PASUKAN SUKSEL