Lawatan Sambil Belajar Untuk Anak-Anak Warga SUK Selangor Ke Kidzania

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua warga SUK Selangor. Jawatankuasa Kecil Pendidikan Kelab SUK Selangor telah mengadakan program lawatan sambil belajar ke Kidzania buat kali-2 yang terletak di Damansara pada 5 April 2014. Program kali ini telah diperbaiki dan ia berjalan dengan lancar. Untuk program kali ini, penjaga tidak turut serta dan tanggungjawab untuk menjaga anak-anak ini dibawah urusetia yang telah dilantik. 

Pelbagai pengalaman kerja yang dirasai oleh anak-anak comel ini dan terlampau banyak aktiviti yang hendak dilakukan oleh si cilik ini sehinggakan urusetia tidak menang tangan. Telatah mereka menggambarkan betapa mereka seronok dan gembira melibatkan diri dalam aktiviti ini. 

Tahniah saya ucapkan kepada Jawatankuasa Kecil Pendidikan Kelab SUK Selangor!














































Untuk mendapatkan gambar dipaparkan di atas dan gambar lain,anda boleh mengambilnya daripada saya, Amir Hisham Bin Akaludin di BTM atau menghubungi di talian  ext: 7441