Kidzania 2015..Anak-Anak Gembira !

Pada tarikh 30 Mei 2015 yang lalu program lawatan ke Kidzania telah berjaya dilaksanakan oleh AJK Induk Pendidikan. Acara ini yang telah berlangsung buat kali-3 masih memberikan pelbagai kejutan bagi kanak-kanak yang menyertai program tersebut. Mereka telah menerima pelbagai bentuk pengalaman dan suasana alam pekerjaan. Keseronokan tanpa henti ini telah menyukarkan mereka untuk pulang setelah seharian berada di Kidzania. Syabas saya ucapkan kepada semua yang terlibat dengan program ini dan semoga pada masa hadapan ia dapat dilaksanakan sekali lagi.

                                                                                                           DISEDIAKAN OLEH BIRO IT DAN PENERBITAN
















Pasukan Bola Sepak Bertarung Di Stadium Shah Alam..Hebat !

Pada kejohanan Sukan Perdana SUK Selangor yang lepas, telah berlangsung sukan bola sepak yang merupakan sukan terakhir yang berlangsung di arena Stadium Shah Alam.  Pasukan Iriz telah menewaskan pasukan Axia di dalam acara ini. Jaringan 1-0 hasil jaringan minit ke-18 kekal sehingga wisel penamat. Axia berpeluang untuk menyamakan kedudukan apabila dihadiahkan sepakan penalti, tetapi berjaya ditepis oleh penjaga gol Iriz dengan gaya yang menarik.

Acara ini telah berlangsung dengan jayanya dan pemilihan lokasi sukan bola sepak kali ini amat mengejutkan dan membanggakan. Satu pengalaman yang berharga dapat dirasai oleh semua pemain dan penyokong apabila menjejakkan kaki ke dalam Stadium Shah Alam dan bermain di atas padang rumput keramat ini.

Kehadiran  Y.BHG Dato' Mazalan Md. Noor untuk merasmikan dan memeriahkan acara sukan bola sepak ini amat dihargai. Saya mewakili Setiausaha, Bendahari dan semua AJK Induk Kelab SUK Selangor Mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Y.BHG Dato' Mazalan Md. Noor. Ucapan tahniah juga kepada AJK Induk Sukan Dan Rekreasi kerana berjaya menganjurkan sukan kali ini dengan pelbagai kejutan dan berlangsung dengan meriah. Tahniah !


                                                                                                                                                                              DISEDIAKAN OLEH BIRO IT DAN PENERBITAN











Acara Tarik Tali Sukan Perdana....Gempar!

Tahniah kepada Pasukan Axia yang telah memenangi acara tarik tali pada acara sukan perdana yang bertempat di padang bola sepak SUK Selangor. Pada 28 Mei 2015 yang lepas, acara ini telah berlangsung dengan suasana meriah dengan pelbagai adegan yang menggelikan hati. Semangat setiap pasukan yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menggapai kemenangan jelas kelihatan ketika acara ini berlangsung. Kehadiran penyokong kedua-dua pasukan yang menyemarakkan semangat peserta tarik tali Axia dan Iriz sangat dikagumi dan saya amat bangga dengan semangat sukan yang ditunjukkan oleh semua pihak. Bagi yang tewas, kita bertarung lagi pada tahun hadapan !

                                                                                                            DISEDIAKAN OLEH BIRO IT DAN PENERBITAN








Gambar Sempena Sambutan Hari Ibu 2015


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga SUK Selangor. Semoga baik hendaknya, Pada 15 Mei 2015 yang lepas , Jawatankuasa Kecil Hal Ehwal Wanita, Kelab SUK Selangor telah menganjurkan sambutan Hari Ibu 2015 di Dewan Jubli Perak.

Acara ini diserikan lagi dengan acara potong kek sebagai tanda perasmian majlis Hari Ibu ini oleh  Y.BHG Datin Saliza Binti Shafie diiringi oleh Y.BHG Datin Rahimah Abd Razak, Y. BHG Datin Wan Rabiah, Y.BHG Datin Hariani, Puan Lailatun dan Puan Aziah . Bagi menyerikan dan menghiburkan tetamu-tetamu majlis ini, Dua artis jemputan iaitu Azizul Khamis dan Rohana Jalil telah menyanyikan lagu masing-masing

Tahniah diucapkan kepada AJK Induk Hal Ehwal Wanita !
                                                                                                                                                                              DISEDIAKAN OLEH BIRO IT DAN PENERBITAN






ROHANA JALIL