DISEDIAKAN OLEH AMIR HISHAM BIN AKALUDIN
Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada semua warga SUK. Pada 24 Mei 2014, Kelab SUK Selangor telah menempuh aktiviti yang mencabar dan mendebarkan iaitu white water rafting di My Gopeng Resort yang terletak di Gopeng, Perak. Aktiviti ini berjalan dengan lancar tanpa berlaku apa-apa insiden yang tidak diingini (walaubagaimanapun, ramai yang lebam-lebam dan calar balar pada badan). Apa pun, ia merupakan satu aktiviti yang diluar jangkauan kami sebagai peserta.
Kami bergerak pada pukul 7.00am daripada dataran SUK Selangor setelah semua peserta seramai 28 orang tiba. pelbagai jenis andaian bagaimana aktiviti ini bakal dilakukan kerana rata-rata daripada kami tidak pernah melakukan aktiviti water rafting. Perjalanan kami mengambil masa 3 jam lebih. Setibanya kami tiba di pekan Gopeng, kami turun dan menukar kenderaan kerana dikatakan bas tidak boleh masuk ke resort tersebut. Kami menjangkakan akan menaiki van, jangkaan kami meleset, 2 buah lori tiba untuk membawa kami. Satu pengalaman yang menarik dan kami semua bergelak ketawa kerana merasa agak lucu menaiki lori. Dari jauh sudah seperti pendatang PATI yang menyusup masuk ke dalam hutan.
Lebih kurang 20 minit perjalanan kami tiba ke lokasi dan kami diberikan taklimat ringkas oleh En. Ooi Beng Yeaw yang merupakan pengurus resort ini. Terdapat 2 lagi kumpulan yang turut sama menyertai aktiviti ini daripada organisasi lain. Kami mula bersiap dan dibahagikan kepada kumpulan kecil. Seperti biasa, sebelum aktiviti ini boleh dijalankan, penerangan ringkas mengenai bagaimana untuk melakukan aktiviti water rafting dan langkah keselamatan yang wajib kami patuhi diberikan dengan jelas (dan sedikit lawak).
Kami bersama-sama mengangkat bot pelampung ke sungai dimana lokasi permulaan bagi aktiviti ini. Kami dilepaskan bot demi bot dan sepanjang aktiviti ini pelbagai kejadian terjadi. Ada yang tergolek keluar dari bot, tertelan air sungai, cedera dibibir, bot sangkut di batu dan pelbagai lagi kejadian lucu dan mengkagumkan. Lokasi sungai yang mempunyai 13 jeram yang mempunyai cabaran masing-masing dan diselubungi dengan keindahan flora dan fauna menjadikan aktiviti kali ini menguji ketahanan mental dan fizikal untuk mengharungi setiap jeram tersebut.
Setelah selesai aktiviti water rafting ini, kami berehat dan menjamu selera dan menunggu untuk melakukan aktiviti seterusnya yang berlangsung pada waktu malam. Walaubagaimanapun kerana hujan lebat, aktiviti night walk terpaksa dibatalkan.
Terima kasih diucapkan kepada My Gopeng Resort kerana menyediakan penginapan yang selesa dan aktiviti yang menyeronokkan kepada kami. Semoga program seperti ini dapat disertai oleh warga SUK Selangor yang tidak berpeluang untuk kali ini di masa akan datang.
1. Gambar-gambar aktiviti water rafting boleh di perolehi daripada link ini :
2. Gambar-gambar aktiviti kami di My Gopeng Resort dari kamera SUK :