Assalamualaikum
dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua warga SUK Selangor. Pada
menyuarat Kelab yang lalu , Jawatankuasa Kecil Pendidikan Kelab SUK
Selangor telah bercadang untuk mengadakan program lawatan sambil belajar
ke Kidzania yang terletak di Damansara. Apakah itu Kidzania?
"KidZania Kuala Lumpur merupakan pusat hiburan keluarga tertutup yang terletak di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Malaysia.
Taman tema ini menawarkan pembelajaran interaktif dan pengalaman dalam
hiburan untuk kanak-kanak di dalam bandar yang bersaiz kecil. Pengalaman
berada di sini adalah seperti kehidupan sebenar yang memperkasa,
memberi inspirasi dan mendidik anak-anak kecil dalam melakukan pekerjaan
di dalamnya.
Tempat
ini juga adalah yang ketiga di rantau Asia Tenggara dan kesebelas di
dunia. Tempat ini juga mengalami perubahan dalam menyedikan fasiliti
yang diperbaharui dan diperbaiki selain daripada aktiviti, operasi dan
pengisiannya dari semasa ke semasa.
Para
pengunjung juga berpeluang untuk memilih sebuah pertubuhan seperti
hospital, balai bomba, salon kecantikan, bank, stesyen radio, studio
televisyen, teater dan lain-lain. Kanak-kanak akan diberi pilihan untuk
memilih satu pekerjaan yang terdiri daripada lebih 90 pekerjaan yang
berlainan di 59 pertubuhan yang berlainan. Mereka juga boleh menjadi
pakar bedah, ahli bomba, wartawan, juruterbang, mekanik, model, doktor,
pelukis dan pelakon serta banyak lagi.
Mereka
juga boleh memperolehi wang di dalam matawang KidZania yang digelar
sebagai "kidZos" yang boleh disimpan di dalam akaun simpanan atau
mempelanjakannya di sekitar KidZania Kuala Lumpur."
Apa Yang Perlu Anda Tahu?
TEMPAT LAWATAN KIDZANIA KUALA LUMPUR, DAMANSARA UTAMA
KEUTAMAAN KEPADA PESERTA YANG BELUM PERNAH MENGIKUTI LAWATAN YANG LEPAS
BOLEH DISERTAI OLEH KANAK-KANAK BERUMUR 4 TAHUN -9TAHUN SAHAJA(SEORANG ANAK BAGI SETIAP KELUARGA). BAGI YANG BERUMUR 4 TAHUN DIWAJIBKAN IBUBAPA TURUT SERTA.
TARIKH LAWATAN 30 MEI 2015(SABTU)
YURAN DITANGGUNG
SEPENUHNYA OLEH KELAB SUK SELANGO(IBUBAPA/PENJAGA YANG INGIN MENGIKUTI
LAWATAN INI ADALAH DIBAWAH TANGGUNGAN SENDIRI)
PENGANGKUTAN DISEDIAKAN(KANAK-KANAK SAHAJA)
PENYERTAAN TERBUKA KEPADA 40 ORANG KANAK-KANAK YANG MENDAFTAR AWAL
SEBARANG
PERTANYAAN SILA HUBUNGI SITI FAIRUS, PUAN SHAMSIAH ATAU NOOR HASHIM 03-55442230/7085/7430