Berjaya! Lawatan ke Universal Studio Singapura


Pada 6-8 September 2013, Kelab SUK Selangor telah menghantar 36 peserta untuk melawat Universal Studio Singapura. Pada malam jumaat tersebut ,semua peserta telah berkumpul dihadapan Bangunan Annex dan bertolak pergi tepat pukul 10.30 malam. Perjalanan yang dilalui amat menyeronokkan dan pelbagai gelagat peserta dapat dilihat semasa di dalam bas yang bergerak menuju ke Singapura. Antara acara yang dilakukan ialah nyanyian karaoke. Peserta akhirnya berhenti untuk membersihkan diri dan makan dan kemudian terus bergerak ke hotel penginapan , Grand Sentosa Hotel hanya untuk meletakkan beg. Kemudian peserta menaiki bas yang disediakan oleh pihak hotel menuju ke Universal Studio Singapura.


Di sana, kami tiba dalam keadaan suasana kawasan hujan renyai-renyai. Walaubagaimanapun ia tidak membantutkan perjalanan program dan semua peserta bergerak bebas untuk merasai keseronokan permaianan dan keindahan suasana Universal Studio Singapura.


Pada Pukul 8.00 malam, sebagai tanda penutup, acara pertunjukkan bunga api secara gilang gemilang dipaparkan dan membuatkan semua peserta teruja. kemudian, semua peserta pulang semula ke hotel penginapan untuk berehat dan tidur



Keesokan hari, peserta bersarapan bersama-sama dan bergerak ke tempat seterusnya iaitu Johor Premium Outlet sebagai noktah terahir program pada hari itu. Pelbagai barangan berkualiti dapat dibeli dengan harga yang murah di sini. Setelah 3 jam berada di sana, peserta bertolak pulang ke SUK Selangor dan tiba pada pukul 8.00 malam dengan selamat dan hati penuh kegembiraan walaupun kepenatan. Semoga program seperti ini dapat dilakukan lagi pada tahun akan datang. Ini kerana program sebegini dapat mengeratkan hubungan rakan sekerja tidak kira berlainan jabatan. Tahniah diucapkan kepada AJK Sosial dan Kebudayaan.

Terdapat banyak gambar yang masih belum diterima, Saya akan kepilkan sekali di laman blog ini dalam masa terdekat.  Terima Kasih