Salam Aidiladha 2012


Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha, kepada semua ahli Kelab SUK Selangor yang beragama Islam. Jemput datang ke majlis korban yang akan diadakan pada hari Sabtu, 27 Oktober 2012 bersama-sama orang asal dan kariah Surau Bukit Bandaraya, Seksyen U11 Shah Alam. Kepada ahli atau kaum keluarga yang sedang menunaikan ibadah haji diucapkan semoga mendapat Haji yang Mabrur.

Lawatan Ke Hong Kong Disneyland dan Shenzen


Kelab SUK Selangor akan mengadakan lawatan ke Hong Kong, Disneyland dan Shenzen seperti berikut :-
Tarikh : 12 - 16 November 2012

Ahli Kelab SUK adalah dipelawa untuk menyertai lawatan ini. Sila kemukakan nama dan bayaran pendahuluan sebagaimana dinyatakan di surat makluman. Muat Turun Surat Makluman di sini.

Makluman Padang SUK Untuk Latihan Bola Sepak Selangor


Untuk makluman, padang berhampiran Bangunan SUK Selangor telah dikhaskan untuk tempat latihan skuad bola sepak Selangor (FAS). Ianya tidak disewakan kepada awam.

Maklumat FAS : 
Persatuan Bolasepak Selangor
Tingkat 2-27 Yayasan FAS Business Avenue
SS 7,  Jalan Perbandaran
Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Telefon : 03-78037054 / 7105
Fax : 03-78036654

Majlis Korban 2012

Sempena Hari Raya Aidiladha 2012 Masihi/1433 Hijrah, Kelab SUK Selangor akan menganjurkan Majlis Korban seperti berikut:-

Tarikh : 27 Oktober 2012 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Surau Orang Asal, Bukit Bandaraya, U11/2A, Shah Alam

Sehubungan itu penyertaan bagi Program Qurban/Aqiqah adalah terbuka kepada semua Ahli kelab SUK Selangor dan warga kerja di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam yang beragama Islam sahaja dengan mengisi borang yang boleh diperolehi dari urusetia yang dinyatakan.
Bayaran : RM450.00 (satu bahagian)

Sebarang penyertaan dan pertanyaan serta borang penyertaan boleh diserahkan kepada ketua program wanita (Puan Halijah Binti Sinoh) di talian 03-55447881 atau ketua program lelaki (Tuan Haji Ismail Bin Habib) di talian 03-55447615 selewat-lewatnya pada 22 Oktober 2012.

Peta arah ke Bukit Bandaraya, Seksyen U11, Shah Alam