Kuliah zoh

Biro Agama Kelab SUK Selangor akan menganjurkan ceramah seperti berikut :
Tarikh : 30 hb Julai 2013 bersamaan hari Selasa
Tempat : Surau SUK tkt bawah Bangunan SSAAS Shah Alam
Masa : 1.00 tengah hari
Penceramah : Ustaz Shamsuddin bin  Sidek
Tajuk : Persiapan Lailatulqadar
Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir
Terima kasih

Laporan Program "SUK Savengers Hunts 2013

Pada 1 Jun 2013 yang lalu, Kelab SUK Selangor telah mengadakan Program SUK Savengers Hunt 2013 bertempat di Dataran Pejabat SUK Selangor. Ia telah dirasmikan oleh Y.Bhg Dato' Tarmedi Bin Haji Omar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Pengurusan) merangkap Pengerusi Kelab SUK Selangor. Beliau juga menyempurnakan Majlis Penutup acara ini. Keputusan daripada program ini :

TEMPAT 1 : KUMPULAN WORLDWIDE LANDFILLS

TEMPAT 2 : PASUKAN PICIT-PICIT

TEMPAT 3 : PASUKAN FAST MADIVEST

TEMPAT 4 : PASUKAN KARANGKRAF


Disini dipaparkan beberapa gambar aktiviti peserta :























Untuk melihat gambar peserta yang menyertai acara ini boleh melihatnya di laman :

https://plus.google.com/photos/109478195669789024116/albums/5905684470248658849?banner=pwa

Pendaftaran Kem Jati Diri Dan Bengkel Menjawab Soalan Peperiksaan SPM

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Jawatankuasa Kecil Pendidikan Kelab SUK Selangor akan mengadakan Kem Jati Diri dan Bengkel menjawab soalan Peperiksaan kepada mereka yang bakal menduduki SPM tidak lama lagi. Ia merupakan kerjasama antara Kelan SUK Selangor dan SPICE. Oleh yang demikian, sesiapa yang berminat untuk mendaftarkan anak-anak mereka untuk menyertai aktiviti ini, sila hubungi :

NAMA : SHAMSIAH BT. JURAIMY 

E-MAIL : shamsiah@selangor.gov.my

EXT : 0355447836

Kami mengalu-alukan kedatangan anda dan setelah jumlah penyertaan diperolehi, masa dan tempat akan dipaparkan di dalam laman blog ini.


Kejohanan Futsal Piala YB Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor 2013

Pada 29 Jun 2013 yang lepas, Kejohanan Futsal Piala YB Setiausaha  Kerajaan Negeri Selangor 2013 telah berlangsung di Triways Sport Centre, Padang Jawa.  Majlis peramian pembukaan telah disempurnakan oleh Y.Bhg Dato' Tarmedi Bin haji Omar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Pengurusan) merangkap Pengerusi Kelab SUK Selangor dan Majlis penutup pula telah disempurnakan oleh Y.Bhg Dato'Haji Mohamad Roslan Bin Sakiman, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor(Pembangunan) yang mewakili YB Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

36 pasukan telah mendaftarkan pasukan masing-masing dimana 32 pasukan ini dari kategori lelaki dan 4 dari kategori wanita. Acara kali ini telah menghimpunkan seramai 400 orang penjawat awam di Negeri Selangor. Setelah perlawanan selesai, keputusan yang diperolehi ialah :

KATEGORI LELAKI

JOHAN : MAJLIS PERBANDARAN KLANG (B)

NAIB JOHAN : JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (A)

KETIGA : MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR

KEEMPAT : LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR (B)

SAGUHATI : PEJABAT DAERAH/TANAH HULU SELANGOR
                      MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM
                      PEJABAT DAERAH/TANAH PETALING (A)
                      MAJLIS PERBANDARAN KLANG (A)


KATEGORI WANITA

JOHAN : LEMBAGA KELAPA SAWIT MALAYSIA

NAIB JOHAN : PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

KETIGA : PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR

KEEMPAT : JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR





KEPADA PASUKAN YANG MENANG, KAMI DARIPADA KELAB SUK SELANGOR MENGUCAPKAN JUTAAN TAHNIAH DAN KEPADA PASUKAN YANG KALAH, BOLEH CUBA PADA TAHUN DEPAN.


Pemberian Duit Raya Oleh Kelab SUK Selangor


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera saya ucapkan kepada semua warga SUK Selangor. Dengar rasa berbesar hati kami daripada Kelab SUK Selangor akan memberikan duit raya tidak lama lagi. Pastikan anda berbelanja secara berkhemah semasa musim perayaan ini.

Akhir sekali , ingin saya tutup dengan serangkap pantun:

Menyala Pelita Di  Malam Hari,
Gadis berkurung Manis Berseri,
Karungan Kuning Indah Sekali,
Sumbangan Manis Tidak Terperi,

Penjualan Sampul Duit Raya Pejabat SUK Selangor



Kelab SUK Selangor akan mengagihkan sampul duit raya yang julung-julung kalinya disediakan kepada semua penjawat awam di Bangunan SUK Selangor. Setiap daripada anda akan menerima 1 paket sampul duit raya secara percuma dan sekiranya anda berminat untuk memilikinya lagi, ia akan dijual pada harga RM1.00. Setiap paket yang di dalamnya terdapat 10 sampul.

Ia akan mula dijual pada  29 /7/2013 pada pukul 11.00 pagi (SILA BUAT TEMPAHAN DI TINGKAT 17 KEWANGAN)

Kuliah zohor

Biro Agama Kelab Suk Selangor akan menganjurkan sembahyang tasbih, solat hajat dan solat zohor seperti berikut :
Tarikh : 5 hb Julai 2013 bersamaan hari Jumaat
Tempat : Surau SUK tkt bawah Bangunan SSAAS Shah Alam
Masa : 12.30 tengah hari
Penceramah : Ustazah Datin Aminah binti Zakaria
Semua muslimat dijemput hadir

Kuliah zohor

Kuliah zohor

Biro Agama Kelab SUK Selangor akan menganjurkan ceramah seperti berikut :
Tarikh : 4 hb Julai 2013 bersamaan hari Khamis
Tempat : Surau Suk tkt bawah Bangunan SSAAS Shah Alam
Masa : 1.00 tengah hari
Penceramah : Ustaz Syamsul Firdaus  bin Supri
Semua muslimin dan muslimat di jemput hadir