Kuliah zohor

Biro Agama Kelab SUK Selangor akan menganjurkan ceramah seperti berikut :
Tarikh : 24 hb Oktober 2013 bersamaan hari Khamis
Tempat : Surau SUK tkt bawah Bangunan SSAAS
Masa : 1.00 tengah hari
Penceramah : Ustaz Zaki bin Mohd Arshad
Tajuk : Iktiqad Ahli SunahWajamaah
Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir

TAHNIAH ! Pasukan SUKSEL daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Menjadi Juara !

Pada hari Jumaat, 26 dan 27 September 2013 yang lalu, telah berlangsung Majlis Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Selangor kali ke-26. Ia merupakan satu tarikh bersejarah kepada pasukan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, SUKSEL, kerana telah menjuarai pertandingan untuk kategori teknikal. 

7 pasukan bertanding di dalam kategori teknikal dan masing-masing mempersembahkan projek yang menarik. Walaubagaimanapun, tuah lebih memihak kepada pasukan SUKSEL dan sudah pastinya ini membanggakan kami sebagai warga SUK. Sudah pastinya berkat usaha dan penat lelah oleh semua ahli kumpulan membuahkan hasilnya yang amat manis dengan kemenangan yang dikecapi kali ini.  Saya mewakili Kelab SUK Selangor dan juga warga kerja SUK Selangor mengucapkan jutaan tahniah dan yang paling utama sekali ialah harapan kami agar pasukan SUKSEL dapat menjuarai pertandingan di peringkat kebangsaan yang akan berlangsung pada 30 November sehingga 3 Disember 2013 di Borneo Convention Center, Sarawak. KAMI AKAN MENDOAKAN ANDA!

SEDIKIT MAKLUMAT MENGENAI PASUKAN SUKSEL DAN PROJEK YANG DIPERTANDINGKAN




GAMBAR KENANGAN KEMENANGAN PASUKAN SUKSEL






























Berjaya! Perkhemahan Endau Rompin..Jumpa Lagi Dimasa Akan Datang

Program perkhemahan ke Taman Negara , Endau Rompin telah berjaya dijalankan oleh peserta-peserta. Program yang julung kalinya diadakan ini telah berjaya mencapai matlamat dan pada masa yang sama mengeratkan semangat kendiri dalam diri peserta.Keindahan alam semulajadi dan aktiviti BBQ menjadikan program ini bertambah menarik. Tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Kecil Sosial Dan Kebudayaan.











Jemputan Ke Majlis Ibadah Qurban Kelab SUK Selangor



Program Lawatan Ke KIDZANIA..Menarik !

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua warga SUK Selangor. Pada menyuarat Kelab yang lalu , Jawatankuasa Kecil Pendidikan Kelab SUK Selangor telah bercadang untuk mengadakan program lawatan sambil belajar ke Kidzania yang terletak di Damansara. Apakah itu Kidzania?



"KidZania Kuala Lumpur merupakan pusat hiburan keluarga tertutup yang terletak di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Malaysia. Taman tema ini menawarkan pembelajaran interaktif dan pengalaman dalam hiburan untuk kanak-kanak di dalam bandar yang bersaiz kecil. Pengalaman berada di sini adalah seperti kehidupan sebenar yang memperkasa, memberi inspirasi dan mendidik anak-anak kecil dalam melakukan pekerjaan di dalamnya.
Tempat ini juga adalah yang ketiga di rantau Asia Tenggara dan kesebelas di dunia. Tempat ini juga mengalami perubahan dalam menyedikan fasiliti yang diperbaharui dan diperbaiki selain daripada aktiviti, operasi dan pengisiannya dari semasa ke semasa.
Para pengunjung juga berpeluang untuk memilih sebuah pertubuhan seperti hospital, balai bomba, salon kecantikan, bank, stesyen radio, studio televisyen, teater dan lain-lain. Kanak-kanak akan diberi pilihan untuk memilih satu pekerjaan yang terdiri daripada lebih 90 pekerjaan yang berlainan di 59 pertubuhan yang berlainan. Mereka juga boleh menjadi pakar bedah, ahli bomba, wartawan, juruterbang, mekanik, model, doktor, pelukis dan pelakon serta banyak lagi.
Mereka juga boleh memperolehi wang di dalam matawang KidZania yang digelar sebagai "kidZos" yang boleh disimpan di dalam akaun simpanan atau mempelanjakannya di sekitar KidZania Kuala Lumpur."



Apa Yang Perlu Anda Tahu?

TEMPAT LAWATAN KIDZANIA KUALA LUMPUR, DAMANSARA UTAMA

BOLEH DISERTAI OLEH
 KANAK-KANAK BERUMUR 4 TAHUN -9TAHUN SAHAJA(SEORANG  ANAK BAGI SETIAP KELUARGA)

TARIKH LAWATAN 16 NOVEMBER 2013(SABTU)

YURAN DITANGGUNG SEPENUHNYA OLEH KELAB SUK SELANGO(IBUBAPA/PENJAGA YANG INGIN MENGIKUTI LAWATAN INI ADALAH  DIBAWAH TANGGUNGAN SENDIRI)

PENGANGKUTAN DISEDIAKAN(KANAK-KANAK SAHAJA)

PENYERTAAN TERBUKA KEPADA 40 ORANG KANAK-KANAK YANG MENDAFTAR AWAL               


TARIKH TUTUP PENGHANTARAN BORANG PENYERTAAN PADA 18 OKTOBER 2013  (JUMAAT)


SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI CIK SHAMSIAH BINTI JURAIMY
   03-55447836, shamsiah@selangor.gov.my


Kuliah zohor

Biro Agama Kelab  SUK Selangor akan menganjurkan ceramah seperti berikut :
Tarikh : 10 hb Oktober 2013 bersamaan hari Khamis
Tempat : Surau SUK tkt bawah Bangunan SSAAS Shah Alam
Masa : 1.00 tengah hari
Penceramah : Ustaz Nazri bin Mohd Isa
Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir

Kuliah zohor

Biro Agama Kelab SUK Selangor akan menganjurkan ceramah seperti berikut :
Tarikh : 3hb Oktober 2013 bersamaan hari Khamis
Tempat : Surau SUK tkt bawah Bangunan SSAAS Shah Aalm
Masa : 1.00 tengah hari
Penceramah : Ustaz Syamsul Firdaus Bin Supri
Tajuk : Pengorbanan
Semua musliminndan muslimat dijemput hadir
Terima kasih