Majlis Bacaan Yassin , Ceramah Khas Dan Selawat Sempena Sambutan Maulidur Rasul



SEMUA WANITA WARGA SUK SELANGOR DIJEMPUT HADIR UNTUK MEMERIAHKAN MAJLIS INI


Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda,

 “Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah memudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke Syurga”
(Hadith Riwayat Muslim)

Bantuan Anak OKU Untuk Warga SUK Selangor



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kami warga Induk Kelab SUK Selangor merasakan perlu ada sumbangan diberikan kepada pasangan ibu bapa warga SUK Selangor yang mempunyai anak-anak OKU. Setelah bermesyuarat, kami sebulat suara bersetuju untuk memberikan sumbangan untuk meringankan beban ibu bapa dan pada masa yang sama dapat juga menggembirakan anak-anak OKU ini.

Oleh yang demikian, kepada warga SUK Selangor yang mempunyai anak OKU boleh mengisi borang dan sumbangan akan diberikan kepada anda.

Sila ke link di bawah untuk mendapatkan borang :

BORANG

Bantuan Untuk Anak Bersunat Bulan November - Disember


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kelab SUK Selangor telah bersetuju untuk memberikan sumbangan untuk semua anak kakitangan SUK yang akan menjalankan kewajipan bersunat di sepanjang bulan November dan Disember tahun ini. Syaratnya mudah sahaja,


  1.  Sila sertakan salinan resit klinik atau hospital sebagai  bukti 
  2.  Salinan kad pengenalan diri ahli

Kami daripada Jawatankuasa Kelab SUK Selangor mengucapkan selamat menjalani proses bersunat kepada semua anak-anak warga SUK Selangor. Selamat menjadi "orang dewasa" yer !!

Sila ke link di bawah untuk borang dan maklumat lanjut :

BORANG




LARIAN INTEGRITI 2016 (INTEGRITY RUN 2016) PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

MARI KITA MEMERIAHKAN PROGRAM HEBAT INI !


Borang Penyertaan juga boleh didapati di link berikut:

PESERTA LELAKI
Kategori L1 (Lelaki 50 tahun dan ke atas)    : https://form.jotform.me/integriti1/larian-integriti-2016-L1-L2-W1-W2
Kategori L2 (Lelaki 35-49 tahun)                 : https://form.jotform.me/integriti1/larian-integriti-2016-L1-L2-W1-W2
Kategori L3 (Lelaki 34 tahun dan ke bawah) : https://form.jotform.me/integriti2/larian-integriti-2016-L3

PESERTA WANITA
Kategori W1 (Wanita 50 tahun dan ke atas)     : https://form.jotform.me/integriti1/larian-integriti-2016-L1-L2-W1-W2
Kategori W2 (Wanita 35-49 tahun)                  : https://form.jotform.me/integriti1/larian-integriti-2016-L1-L2-W1-W2
Kategori W3 (Wanita 34 tahun dan ke bawah)  : https://form.jotform.me/integriti3/larian-integriti-2016-W3

Majlis Penyerahan Bendera Kepada Kontinjen Pejabat SUK Selangor

Selamat berjuang Kontinjen Pejabat SUK Selangor ke Kejohanan Sukan SUK Se-Malaysia kali ke 6 yang akan diadakan pada 21-25 September 2016 di Johor.

Pagi tadi (19 September 2016), telah berlangsung Majlis Penyerahan Bendera yang disempurnakan oleh Dato' Menteri Besar Selangor. Acara tersebut diadakan semasa majlis perhimpunan bulanan jabatan kerajaan negeri Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak, Shah Alam.

Gambar Kontinjen Pejabat SUK Selangor bersama Dato' Menteri Besar Selangor selepas majlis penyerahan bendera pada 19 September 2016


Penyerahan Tajaan Kepada Pasukan Bola Sepak SUK Selangor ke SUK Se-Malaysia Oleh Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB)



Pada 15 September 2016, Pasukan Bola Sepak SUk Selangor telah menerima penajaan daripada Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) berupa jersi dan bola. Pengurus Pasukan Projek, En. Md Yunus dan Iskandar B Md Noor bersama-sama Pengurus Korporat / Setiausaha syarikat, En. Mohamad Nizam B. Hj Yaacob telah menyerahkan sumbangan penajaan kepada Pengerusi Kelab SUK, Y.Bhg Dato' Mazalan Md Noor yang turut ditemani Setiausaha Kelab, En. Mohd Khairul Ashraff Bin Radzali dan AJK Induk Sukan, En. Mohd Faizal B. Mohamdd Said.

Sumbangan ikhlas daripada PNSB ini diharapkan dapat membakar semangat atlet bola sepak SUK Selangor untuk menempah kejayaan di Johor Bahru minggu ini. Terima Kasih.






MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI KELAB SUK SELANGOR 2016



DI JEMPUT SEMUA WARGA SUK SELANGOR HADIR DAN MEMERIAHKAN SUASANA RAYA TAHUN INI

MAJLIS TADARUS DAN KHATAM AL QURAN PERDANA PUSPANITA NEGERI SELANGOR DENGAN KEJASAMA KELAB SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR PERINGKAT NEGERI SELANGOR



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada 17 Jun 2016, Majlis Tadarus Dan Khatam Al-Quran Perdana Anjuran Kelab SUk Selangor dan Puspanita Negeri Selangor telah berjaya dilaksanakan. Laporan lanjut berkenaan majlis tersebut boleh di baca di link di bawah :

SAMBUTAN HARI IBU OLEH JAWATANKUASA KECIL HAL EHWAL WANITA 2016



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada 27 Mei 2016 yang lalu, Jawatankuasa Induk Hal Ehwal Wanita Kelab SUK Selangor telah menganjurkan Sambutan Hari Ibu di Dewan Jubli Perak. Laporan penuh boleh dibaca di link di bawah :



Kami Jawatankuasa Kelab SUK Selangor Ingin Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri


Kami Mencari Ibu Tunggal dan bapa Tunggal Warga SUK




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kami sedang mengumpulkan nama-nama ibu tunggal dan bapa tunggal warga SUK Selangor untuk menerima sumbangan daripada Kelab SUK Selangor

Oleh yang demikian, tuan/puan boleh memberikan nama anda kepada Puan Normah selaku Pengerusi Jawatankuasa Kecil Kebajikan 

No Telefon : 03-55447948

E-mail : normah.tajudin@selangor.gov.my


Kelab SUK menghargai sumbangan anda !

MINI STEAMBOAT & GRILL DI KAFE KELAB SUK SELANGOR

KAFE KELAB SUK SELANGOR MENYEDIAKAN KEMUDAHAN BERBUKA PUASA  SECARA MINI STEAMBOAT DAN GRILL DAN DI SAMPING ITU, MAKANAN PANAS "ALA CARTE" (SEKIRANYA STEAMBOAT PENUH)


TERHAD KEPADA 100 ORANG

WAKTU OPERASI  : 7.00 MALAM SEHINGGA 10.00 MALAM

PAKEJ :


  1. DEWASA RM 25.00
  2. KANAK-KANAK 6-12 TAHUN RM 12.00
  3. WARGA EMAS RM 12.00
  4. KANAK-KANAK 5 TAHUN KEBAWAH PERCUMA!

JOM BERBUKA PUASA DI KAFE KELAB SUK !!!!!

Sambutan Hari Ibu 2016 Anjuran Biro Hal Ehwal Wanita



Dijemput kepada semua warga ibu di SUK Selangor untuk hadir dan memeriahkan majlis.  

Program Tadarus Al-Quran Anjuran Biro Hal Ehwal Wanita


Dengan segala hormatnya dijemput semua warga SUK Selangor untuk ke majlis tadarus Al-Quran yang akan berlangsung di :

Tarikh   : 1 Ramadhan - 30 Ramadhan 1437H/2016 M

Masa     : 10.00 am sehingga 11.00 am / 1.00 pm sehingga 2.00 pm

Tempat  : Surau SUK/ Mengikut Ketua Kumpulan


Untuk Lampiran dan Borang pendaftaran, sila klik di sini-----> DAFTAR











Perlawanan Bola Sepak Persahabatan antara Kelab Suk Selangor vs Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL)



Pada 26 Febuari 2016 yang lepas,perlawanan Bola Sepak Persahabatan antara Kelab Suk Selangor vs Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) telah berlangsung.Terima Kasih Tuan Mohd Yasin Alwi & MDKL kerana sudi menerima rombongan pasukan bola sepak SUK Selangor.
Keputusan akhir selepas perlawanan MDKL (4) vs SUK (2). Tahniah pada yang menang dan bagi yang tewas , cuba lagi pada masa akan datang.