Perlawanan Bola Sepak Persahabatan antara Kelab Suk Selangor vs Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL)



Pada 26 Febuari 2016 yang lepas,perlawanan Bola Sepak Persahabatan antara Kelab Suk Selangor vs Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) telah berlangsung.Terima Kasih Tuan Mohd Yasin Alwi & MDKL kerana sudi menerima rombongan pasukan bola sepak SUK Selangor.
Keputusan akhir selepas perlawanan MDKL (4) vs SUK (2). Tahniah pada yang menang dan bagi yang tewas , cuba lagi pada masa akan datang.







Kejohanan Sukan Antara Jabatan ( Sukan 4 Penjuru ) ..Pengenalan logo !


Penganjuran Kejohanan Sukan Antara Jabatan ini adalah inisiatif dan cadangan daripada Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor merangkap Pengerusi Kelab SUK Selangor dan ia julung-julung kali diadakan

Penganjuran sukan ini melibatkan penyertaan daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Perbendaharaan Negeri Selangor, Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor dan Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor

Sukan yang dipertandingkan ialah Bola Jaring, Futsal, Ping Pong, Badminton, Sepak Takraw, Dart, Bowling dan Bola Tampar. sukan ini dijangka akan berlangsung pada 2 April 2016 sehingga 28 Mei 2016

Biro IT Dan Penerbitan mengucapkan selamat maju jaya dan semoga aktiviti sukan ini dapat merapatkan ukhwah sesama kita warga penjawat awam negeri Selangor.

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Antara SUK Selangor dan PNSB



Pada 4 Mac 2016 yang lepas, Kelab SUK Selangor di Biro Sukan Dan Rekriasi telah menganjurkan perlawanan persahabatan beramasa- sama dengan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB). Perlawanan tersebut dilakukan di waktu malam di Padang SUK Selangor yang baru siap dibaik pulih.

Sebelum perlawanan bermula, majlis pertukaran cenderamata dilakukan di atas padang di mana wakil daripada Kelab SUK Selangor, En. Mohd Khairul Ashraff Bin Radzali selaku setiausaha kelab SUK Selangor dan wakil daripada PNSB, En. Mohamad Nizam Bin Yaacob selaku setiausaha Kelab Bola Sepak PNSB

Perlawanan berlangsung dengan tiupan wisel dan boleh dilihat kekuatan setiap pasukan setara. Serangan demi serangan yang dilakukan oleh setiap pasukan di depan gol pasukan lawan amat mendebarkan. Walabagaimanapun, adat permainan pastinya ada yang menang dan ada yang tewas. Pasukan PNSB telah memenangi perlawanan pada malam tersebut dengan keputusan 3-1.

Tahniah kepada pasukan yang menang. Insyaallah pada masa akan datang, pasukan SUK Selangor akan bangkit memenangi perlawanan bola sepak ini dengan "aggregate" lebih besar.



























Solat Gerhana Anjuran Kelab SUK Selangor 2016


Pada 9 Mac 2016 , bermula sebaik sahaja matahari terbit, seluruh Malaysia menyaksikan Fenomena Gerhana Matahari Separa.Fenomena Gerhana Matahari umumnya boleh berlaku apabila 3 jasad besar di angkasa lepas, Bumi, Bulan dan Matahari berada di dalam kedudukan selari.Hasil daripada kedudukan yang unik ini, jasad Bulan akan berupaya menutupi jasad Matahari, lalu akan mengakibatkan bentuk matahari di langit menjadi tidak bulat seperti biasa, dan akan kelihatan seolah-olah hilang sebahagiannya.


Pada lokasi-lokasi tertentu, jasad matahari akan hilang keseluruhannya, lalu terjadilah fenomena Gerhana Matahari Penuh. Pada 9 Mac nanti, hanya negara Indonesia sahaja yang bernasib baik dapat melihat fenomena ini. Kali terakhir penduduk Malaysia dapat melihat fenomena Gerhana Matahari Separa ialah pada bulan Januari 2010.
Setelah berakhirnya fenomena ini, warga SUK Selangor telah menganjurkan solat gerhana beramai-ramai di surau SUK Selangor dan saudara Rosdi bin Basir memberikan sedikit taklimat. Solat gerhana ini diimamkan oleh imam masjid negeri Selangor, Ustaz Samsul Muhaimin Bin Abdullah Saleh.
Pengerusi Kelab SUK Selangor, Dato' Mazalan Bin Md Noor turut hadir bagi melakukan solat gerhana pada hari tersebut.











Tahniah Kepada Pemenang Sukan 6 Penjuru



Pada 10 Mac 2016, telah berlangsung Kejohanan Sukan Jemputan 6 Penjuru yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Klang. Sukan yang dipertandingkan  ialah seperti futsal, badminton, karom dan ping pong. Sukan ini telah disertai oleh Majlis Perbandaran Klang, Majlis Perbandaran Selayang, Majlis Daerah Kuala Langat, Majlis Sukan Negeri Selangor, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan Pejabat Daerah Dan Tanah Klang.

Biro IT Dan Penerbitan Kelab SUK Selangor mengucapkan tahniah bagi yang berjaya dan bagi yang tewas boleh berusaha lebih kuat lagi pada masa akan datang.