Kuliah zohor

Biro Agama Kelab SUK Selangor akan menganjurkan ceramah seperti berikut :
Tarikh : 2 hb Januari 2013 bersamaan hari Khamis
Tempat : Surau SUK tkt bawah
Masa : 1.00 tengah hari
Penceramah : Ustaz Syamsul Firdaus bin Supri
Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir

Kuliah zohor

Biro Agama Kelab SUK Selangor akan menganjurkan ceramah seperti berikut :
Tarikh : 19 hb Disember 2013 bersamaan hari Khamis
Tempat : Surau SUK tkt bawah Bangunan SSAAS Shah Alam
Masa : 1.00 tengah hari
Penceramah : Ustaz Zaki bin Mohd Arshad
Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir

BANTUAN KEMANUSIAAN MANGSA BANJIR Kelab Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Jawatankuasa Kecil IT dan Penerbitan bersama-sama Jawatankuasa Kebajikan mewakili kelab SUK Selangor telah bersetuju untuk mengadakan acara mengumpulkan bantuan untuk mangsa banjir di negeri-negeri yang terlibat. Oleh yang demikian, kami memohon kepada semua warga kerja sektor awam di negeri Selangor untuk menghulurkan bantuan. Bantuan yang anda berikan pastinya dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh mereka. 






Sila tekan disini untuk mendapatkan flyer----------> TEKAN

Berakhirnya Sukan Dalaman SUK...Tahniah Le'Q'

Sukan Perdana SUK Selangor telah selesai dijalankan dengan jayanya. Per"telagahan" antara Rumah Le'Q' dan Le'K' berlangsung dengan amat sengit sekali. Walaubagaimanapun, seperti mana-mana pertandingan, sudah semestinya ada pasukan yang menang dan ada yang tewas. Tahniah ! saya ucapkan kepada Rumah Le'Q' kerana menjuarai sukan kali ini. Sudah pastinya sukan kali ini antara sukan yang paling sengit dan meriah sekali.

Disini saya paparkan sebahagian gambar aktiviti sukan yang telah dijalankan :































Seronok Lawatan Ke Kidzania!..Apa tu?

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua warga SUK Selangor. Pada tarikh 16 November yang lalu program lawatan ke Kidzania telah berjaya dilaksanakan. Pelbagai kejutan bagi kanak-kanak yang menyertai program tersebut. Mereka telah menerima pelbagai bentuk pengalaman dan suasana alam pekerjaan. Keseronokan tanpa henti ini telah menyukarkan mereka untuk pulang setelah seharian berada di Kidzania. Syabas saya ucapkan kepada semua yang terlibat dengan program ini dan semoga pada masa hadapan ia dapat dilaksanakan sekali lagi.














Kuliah zohor

Biro Agama Kelab Suk Selangor akan menganjurkan ceramah seperti berikut :
Tarikh : 6 hb Disember 2013 bersamaan hari Jumaat
Tempat : Surau Suk tkt bawah  Bangunan SSAAS Shah  Alam
Masa : 12.30 tengah hari
Penceramah : Ustazah Datin Aminah binti Zakaria
Semua muslimat dijemput hadir

Kuliah zohor

Biro Agama Kelab SUK Selangor akan menganjurkan ceramah seperti berikut :
Tarikh : 5hb Disember 2013 bersamaan hari Khamis
Tempat : Surau SUK tkt bawah Bangunan SSAAS Shah  Alam
Masa : 1.00 tengah hari
Penceramah : Ustaz Syamsul Firdaus bin Supri
Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir