Showing posts with label Biro Sukan dan Rekreasi. Show all posts
Showing posts with label Biro Sukan dan Rekreasi. Show all posts

Pertandingan Paintball Kelab SUK Selangor !



Jawatankuasa Sukan Dan Rekreasi Kelab SUK Selangor akan menganjurkan "Pertandingan Paintball 2017" Pada :

Tarikh : 14 januari 2017

Lokasi : Shah Alam Extreme Park

Peserta : Untuk Ahli Kelab SUK Selangor Sahaja.

Yuran ; PERCUMA

Untuk Maklumat Lanjut boleh hubungi : 03- 5544 7071

TERHAD KEPADA 20 PASUKAN TERAWAL !

Majlis Penyerahan Bendera Kepada Kontinjen Pejabat SUK Selangor

Selamat berjuang Kontinjen Pejabat SUK Selangor ke Kejohanan Sukan SUK Se-Malaysia kali ke 6 yang akan diadakan pada 21-25 September 2016 di Johor.

Pagi tadi (19 September 2016), telah berlangsung Majlis Penyerahan Bendera yang disempurnakan oleh Dato' Menteri Besar Selangor. Acara tersebut diadakan semasa majlis perhimpunan bulanan jabatan kerajaan negeri Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak, Shah Alam.

Gambar Kontinjen Pejabat SUK Selangor bersama Dato' Menteri Besar Selangor selepas majlis penyerahan bendera pada 19 September 2016


Penyerahan Tajaan Kepada Pasukan Bola Sepak SUK Selangor ke SUK Se-Malaysia Oleh Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB)



Pada 15 September 2016, Pasukan Bola Sepak SUk Selangor telah menerima penajaan daripada Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) berupa jersi dan bola. Pengurus Pasukan Projek, En. Md Yunus dan Iskandar B Md Noor bersama-sama Pengurus Korporat / Setiausaha syarikat, En. Mohamad Nizam B. Hj Yaacob telah menyerahkan sumbangan penajaan kepada Pengerusi Kelab SUK, Y.Bhg Dato' Mazalan Md Noor yang turut ditemani Setiausaha Kelab, En. Mohd Khairul Ashraff Bin Radzali dan AJK Induk Sukan, En. Mohd Faizal B. Mohamdd Said.

Sumbangan ikhlas daripada PNSB ini diharapkan dapat membakar semangat atlet bola sepak SUK Selangor untuk menempah kejayaan di Johor Bahru minggu ini. Terima Kasih.






Perlawanan Bola Sepak Persahabatan antara Kelab Suk Selangor vs Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL)



Pada 26 Febuari 2016 yang lepas,perlawanan Bola Sepak Persahabatan antara Kelab Suk Selangor vs Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) telah berlangsung.Terima Kasih Tuan Mohd Yasin Alwi & MDKL kerana sudi menerima rombongan pasukan bola sepak SUK Selangor.
Keputusan akhir selepas perlawanan MDKL (4) vs SUK (2). Tahniah pada yang menang dan bagi yang tewas , cuba lagi pada masa akan datang.







Kejohanan Sukan Antara Jabatan ( Sukan 4 Penjuru ) ..Pengenalan logo !


Penganjuran Kejohanan Sukan Antara Jabatan ini adalah inisiatif dan cadangan daripada Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor merangkap Pengerusi Kelab SUK Selangor dan ia julung-julung kali diadakan

Penganjuran sukan ini melibatkan penyertaan daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Perbendaharaan Negeri Selangor, Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor dan Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor

Sukan yang dipertandingkan ialah Bola Jaring, Futsal, Ping Pong, Badminton, Sepak Takraw, Dart, Bowling dan Bola Tampar. sukan ini dijangka akan berlangsung pada 2 April 2016 sehingga 28 Mei 2016

Biro IT Dan Penerbitan mengucapkan selamat maju jaya dan semoga aktiviti sukan ini dapat merapatkan ukhwah sesama kita warga penjawat awam negeri Selangor.

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Antara SUK Selangor dan PNSB



Pada 4 Mac 2016 yang lepas, Kelab SUK Selangor di Biro Sukan Dan Rekriasi telah menganjurkan perlawanan persahabatan beramasa- sama dengan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB). Perlawanan tersebut dilakukan di waktu malam di Padang SUK Selangor yang baru siap dibaik pulih.

Sebelum perlawanan bermula, majlis pertukaran cenderamata dilakukan di atas padang di mana wakil daripada Kelab SUK Selangor, En. Mohd Khairul Ashraff Bin Radzali selaku setiausaha kelab SUK Selangor dan wakil daripada PNSB, En. Mohamad Nizam Bin Yaacob selaku setiausaha Kelab Bola Sepak PNSB

Perlawanan berlangsung dengan tiupan wisel dan boleh dilihat kekuatan setiap pasukan setara. Serangan demi serangan yang dilakukan oleh setiap pasukan di depan gol pasukan lawan amat mendebarkan. Walabagaimanapun, adat permainan pastinya ada yang menang dan ada yang tewas. Pasukan PNSB telah memenangi perlawanan pada malam tersebut dengan keputusan 3-1.

Tahniah kepada pasukan yang menang. Insyaallah pada masa akan datang, pasukan SUK Selangor akan bangkit memenangi perlawanan bola sepak ini dengan "aggregate" lebih besar.



























Karnival Sukan Rakyat 2015 & Larian Integriti 2015

Pada 31 Oktober 2015, Kelab SUK Selangor bersama-sama Unit Integriti Negeri Selangor telah menjalankan program Karnival Sukan Rakyat dan Larian Integriti 2015 yang bertempat di lapangan rumah kelab SUK dan Padang SUK Selangor. Acara ini bermula dengan larian integriti yang menggunakan laluan yang dipilih mengelilingi  kawasan Shah Alam dan berakhir di lokasi ia bermula.

Ia bertambah menarik apabila di larian penamat, Y. Bhg Dato' Mazalan Bin Md Nor ,Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Kelab SUK Selangor mengkalungkan pingat kepada setiap peserta yang menghabiskan larian. Sesuatu yang sedikit sebanyak dapat menghilangkan kepenatan setiap peserta. Peserta dihidangkan dengan makanan percuma di gerai yang disediakan

Acara diteruskan dengan persembahan kumpulan muzik SUK Selangor yang mendengdangkan pilihan lagu yang menarik dan merancakkan lagi suasana sukan rakyat yang bermula serentak. Acara sukan rakyat seperti cari gula-gula dalam tepung (kelakar apabila melihat anak-anak kecil melumurkan tepung dimuka semasa mencari gula-gula), kerusi beracun, batu seremban, lari dalam guni , tutup botol dan lain-lain. Pertandingan ukir buah,anyam ketupat dan teka kacang turut menarik perhatian

Acara berlangsung sehingga pukul 3.00 PM dan ia berlangsung dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada AJK Induk Sukan Dan Rekriasi diatas acara yang julung kali diadakan ini


KOLEKSI GAMBAR BOLEH DI AMBIL DARIPADA LAMAN INI, SILA MASUKKAN PASSWORD DAN USERNAME SEPERTI YANG TERTERA DI BAWAH (sekiranya tidak boleh, berkemungkinan laman ini di sekat oleh BTM dan tuan/puan boleh download daripada sumber internet lain )

LAMAN WEB : MEGA

USERNAME : kelabsukselangor@gmail.com

PASSWORD : itpenerbitan2015



Sedikit Perkongsian Aktiviti Sukan Rakyat Dan Larian Integriti 2015