Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kelab dan Majlis Perpisahan Puan Norzaton Aini Binti Mohd Kassim

Assalamualaikum dan Salam  Sejahtera saya ucapkan kepada semua warga SUK. Pada hari Selasa yang lepas, Kelab Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan Mesyuarat Kelab Kali-7 dan pada masa yang sama menyediakan majlis perpisahan  Puan Norzaton Aini Binti Mohd Kassim yang telah berpindah ke jabatan baru. Kami daripada kalangan ahli jawatankuasa induk mengucapkan selamat menjalankan tugas dan teruskan mencurahkan segala pengalaman dan kepakaran di dalam jabatan baru ini nanti. Kami pasti mereka akan menghargainya seperti kami juga menghargai sumbangan puan.

Di sini saya kongsikan gambar-gambar semasa majlis ini dijalankan :

Tarikh : 27 Ogos 2013 (Selasa)
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Restoran Zam Zam, Seksyen 9, Shah Alam.



















SAYA SELAKU PENGERUSI JAWATANKUASA KECIL ICT DAN PASUKAN SAYA MENDOAKAN KEJAYAAN PUAN DAN MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH .INSYAAALAH KITA AKAN SENTIASA BERTEMU DARI MASA KE SEMASA