Mesyuarat Agung Ke 13 (2012)

Mesyuarat Agung yang ke 13 telah pun selesai dijalankan pada 19 Disember 2012. Majlis telah disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor iaitu Y.B. Dato' Haji Mohammed Khusrin Bin Haji Munawi. Kehadiran ketua jabatan, VIP dan semua ahli Kelab SUK yang sanggup berada di dewan hingga ke akhir majlis diucapkan terima kasih. Begitu juga tahniah diucapkan atas kerjasama semua AJK terdahulu yang telah bersama-sama memimpin aktiviti Kelab. Semalam juga menyaksikan pelantikan AJK baru dengan muka-muka baru yang bakal mencambahkan idea baru dan yang pastinya menarik untuk kebajikan semua ahli Kelab. Tahniah diucapkan.


Kuliah zohor

Biro Agama Kelab   SUK Selangor akan menganjurkan ceramah seperti berikut :
Tarikh : 14hb Disember 2012 hari Juamaat
Tempat : Surau SUK Tkt bawah Bangunan SSAAS Shah Alam
Masa : 12.30 tengah hari
Penceramah : Ustazah Norsiah binti Sulaiman
Tajuk : Tafsir Al-Quran
Semua muslimat dijemput hadir

Notis Mesyuarat Agung Kelab SUK Selangor Ke 13

Notis Mesyuarat Agung sudah diedarkan, dan di sini boleh Download untuk rujukan.

Tarikh : 19 Disember 2012 (Rabu)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Dewan Banquet, Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz, Shah Alam


> Download Notis Mesyuarat Agung 2012

Nota : Peringatan supaya menyerahkan Borang Pencalonan dan Borang Usul sebelum 14 Disember kepada Bahagian Korporat SUK. Terima kasih.

AGM 2012 : Borang Pencalonan Dan Borang Usul

Salam hormat, untuk makluman Mesyuarat Agung Tahunan akan diadakan pada 19 Disember 2012. Notis mengenainya telah dihantar melalui jabatan masing-masing berserta Borang Pencalonan dan Borang Usul yang perlu dikembalikan sebelum 14 Disember 2012.

Sehubungan itu ahli juga boleh Download Borang Pencalonan dan Borang Usul di sini.


>Download Borang Usul