Perniagaan Kafe Di Rumah Kelab SUK, Shah Alam

Kepada yang menggunakan kemudahan sukan di Rumah Kelab SUK, boleh singgah makan dan minum di Cafe@Kelab SUK. Lokasinya di dalam rumah kelab. Jom singgah sini ada makan pagi, tengahari dan petang. Makanan goreng-goreng panas pun ada.

Selamat datang ke Cafe@Kelab SUK
Meja makan dalam Cafe@Kelab SUK

Meja makan di koridor luar Cafe@Kelab SUK

Pelbagai jualan

Pelbagai jualan minuman isotonik dan lain-lain minuman penghilang dahaga

Pelbagai jualan air minuman sejuk



Karnival Sukan Rakyat 2015 & Larian Integriti 2015

Pada 31 Oktober 2015, Kelab SUK Selangor bersama-sama Unit Integriti Negeri Selangor telah menjalankan program Karnival Sukan Rakyat dan Larian Integriti 2015 yang bertempat di lapangan rumah kelab SUK dan Padang SUK Selangor. Acara ini bermula dengan larian integriti yang menggunakan laluan yang dipilih mengelilingi  kawasan Shah Alam dan berakhir di lokasi ia bermula.

Ia bertambah menarik apabila di larian penamat, Y. Bhg Dato' Mazalan Bin Md Nor ,Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Kelab SUK Selangor mengkalungkan pingat kepada setiap peserta yang menghabiskan larian. Sesuatu yang sedikit sebanyak dapat menghilangkan kepenatan setiap peserta. Peserta dihidangkan dengan makanan percuma di gerai yang disediakan

Acara diteruskan dengan persembahan kumpulan muzik SUK Selangor yang mendengdangkan pilihan lagu yang menarik dan merancakkan lagi suasana sukan rakyat yang bermula serentak. Acara sukan rakyat seperti cari gula-gula dalam tepung (kelakar apabila melihat anak-anak kecil melumurkan tepung dimuka semasa mencari gula-gula), kerusi beracun, batu seremban, lari dalam guni , tutup botol dan lain-lain. Pertandingan ukir buah,anyam ketupat dan teka kacang turut menarik perhatian

Acara berlangsung sehingga pukul 3.00 PM dan ia berlangsung dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada AJK Induk Sukan Dan Rekriasi diatas acara yang julung kali diadakan ini


KOLEKSI GAMBAR BOLEH DI AMBIL DARIPADA LAMAN INI, SILA MASUKKAN PASSWORD DAN USERNAME SEPERTI YANG TERTERA DI BAWAH (sekiranya tidak boleh, berkemungkinan laman ini di sekat oleh BTM dan tuan/puan boleh download daripada sumber internet lain )

LAMAN WEB : MEGA

USERNAME : kelabsukselangor@gmail.com

PASSWORD : itpenerbitan2015



Sedikit Perkongsian Aktiviti Sukan Rakyat Dan Larian Integriti 2015


























SAMBUTAN HARI RAYA 2015 KELAB SUK SELANGOR

Pada 13 Ogos yang lepas, Kelab SUK Selangor telah menganjurkan Jamuan Hari Raya 2015 yang bertempat di Dewan Jubli Perak. Sambutan hari raya kali ini dimeriahkan lagi dengan pertandingan "Gerai Makan Terbaik".

Kehadiran dif-dif jemputan seperti Y.A.B Tuan Mohamed Azmin Bin Ali, Dato' Menteri Besar Selangor, Y.B Dato' Haji Mohammed Khusrin Bin Haji Munawi, Y.B Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Y.Bhg Dato' Mazalan Bin Md Noor, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Kelab SUK Selangor, SUB dan semua warga SUK membentuk satu suasana yang amat meriah dan menakjubkan.

Majlis ini dipenuhi dengan pelbagai program seperti penyampaian hadiah sukan, persembahan tarian daripada adik-adik cilik Taska Selangor dan pertunjukkan montaj yang agak menarik dan  menggelikan hati

Tahniah kepada Biro Sosial dan Kebudayaan kerana telah berjaya melakukan tugas yang baik dan menjadikan majlis hari raya kali ini penuh dengan kemeriahan

KOLEKSI GAMBAR BOLEH DI AMBIL DARIPADA LAMAN INI, SILA MASUKKAN PASSWORD DAN USERNAME SEPERTI YANG TERTERA DI BAWAH (sekiranya tidak boleh, berkemungkinan laman ini di sekat oleh BTM dan tuan/puan boleh download daripada sumber internet lain )

LAMAN WEB : MEGA

USERNAME : kelabsukselangor@gmail.com

PASSWORD : itpenerbitan2015


Sedikit Perkongsian Aktiviti  Majlis Hari Raya Kelab SUK Selangor 2015
















Forum Hijrah "Kebahagiaaan Dalam Penghijrahan"

Biro Agama Kelab SUK Selangor akan menganjurkan Forum Hijrah, Marilah kita memeriahkan majlis agama ini.

Tarikh : 12 November 2015 (ESOK)

Waktu : 9.30 am - 12 .30 am

Lokasi : Foyer SUK, Bangunan SSAAS



KARNIVAL SUKANEKA RAKYAT DAN LARIAN INTEGRITI PEJABAT SUK SELANGOR



Assalamualikum dan salam sejahtera. Unit Integriti bersama-sama Kelab SUK Selangor akan mengadakan Karnival Sukaneka Rakyat & Larian Integriti yang terbuka kepada semua ahli kelab SUK dan kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Acara ini julung kali diadakan dan marilah kita melibatkan diri bersama-sama dalam acara ini. Aktiviti sihat juga merupakan satu agenda utama kerajaan negeri bagi membentuk penjawat awam yang sihat dari segi fizikal dan rohani.

Antara acara yang dipertandingkan :

  • Larian Sukan
  • Pertandingan Mewarna
  • Sukaneka Rakyat


Apakah Yang Perlu Anda Tahu :

  1. Borang penyertaan hendaklah dihantar kepada " Unit Integriti, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,Tingkat 7, Bangunan SSAAS, 40503 Shah Alam "
  2. Tarikh tamat pendaftaran pada 16 Oktober 2015
  3. Borang penyertaan dan lain-lain boleh dilihat pada lampiran
Untuk keterangan lanjut , boleh rujuk lampiran yang disediakan di bawah :