SAMBUTAN HARI RAYA 2015 KELAB SUK SELANGOR

Pada 13 Ogos yang lepas, Kelab SUK Selangor telah menganjurkan Jamuan Hari Raya 2015 yang bertempat di Dewan Jubli Perak. Sambutan hari raya kali ini dimeriahkan lagi dengan pertandingan "Gerai Makan Terbaik".

Kehadiran dif-dif jemputan seperti Y.A.B Tuan Mohamed Azmin Bin Ali, Dato' Menteri Besar Selangor, Y.B Dato' Haji Mohammed Khusrin Bin Haji Munawi, Y.B Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Y.Bhg Dato' Mazalan Bin Md Noor, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Kelab SUK Selangor, SUB dan semua warga SUK membentuk satu suasana yang amat meriah dan menakjubkan.

Majlis ini dipenuhi dengan pelbagai program seperti penyampaian hadiah sukan, persembahan tarian daripada adik-adik cilik Taska Selangor dan pertunjukkan montaj yang agak menarik dan  menggelikan hati

Tahniah kepada Biro Sosial dan Kebudayaan kerana telah berjaya melakukan tugas yang baik dan menjadikan majlis hari raya kali ini penuh dengan kemeriahan

KOLEKSI GAMBAR BOLEH DI AMBIL DARIPADA LAMAN INI, SILA MASUKKAN PASSWORD DAN USERNAME SEPERTI YANG TERTERA DI BAWAH (sekiranya tidak boleh, berkemungkinan laman ini di sekat oleh BTM dan tuan/puan boleh download daripada sumber internet lain )

LAMAN WEB : MEGA

USERNAME : kelabsukselangor@gmail.com

PASSWORD : itpenerbitan2015


Sedikit Perkongsian Aktiviti  Majlis Hari Raya Kelab SUK Selangor 2015