Laporan Kejohanan Sukan SUK Se-Malaysia Di Pulau Pinang



Pada 3 November 2014 telah berlangsungnya Kejohanan Sukan Se-Malaysia di Pulau Pinang. Acara berprestij ini adalah satu acara tahunan dimana setiap SUK di Malaysia akan berhimpun bersama-sama di venue terpilih dengan menghantar atlet-atlet untuk bertanding merebut kejuaraaan di dalam kejohanan ini. Terdapat 7 acara yang dipertandingkan seperti badminton, bola sepak, bola jaring, bowling, sepak takraw, ping-pong dan golf. Sudah pastinya pasukan Selangor telah bersiap sedia memberikan saingan yang hebat di dalam kejohanan kali ini. Kejohanan kali ini berlangsung di Pulau Pinang selama 5 hari bermula dari 3 November sehingga 7 November 2014.

Pelepasan atlit-atlit Selangor berlangsung pada pagi 3 November 2014 yang disempurnakan oleh Y.B Setiausaha Keraajaan Negeri Selangor, Y.B Dato' Haji Mohammed Khusrin Bin Haji Munawi yang turut diiringi Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Pengurusan), Y.Berbahagia, Dato'Haji Mohd Amin Bin Ahmad Ahya. Beliau telah menyampaikan sedikit amanat dan memberikan peringatan kepada atlit-atlit Selangor untuk sentiasa menjaga disiplin ,bermain bersungguh-sungguh dan menjaga nama baik Selangor. Ucapan yang ringkas dan padat ini telah menaikkan semangat atlit-atlit untuk memberikan yang terbaik.


Acara pembukaan Kejohanan Sukan Se-Malaysia dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.B Lim Guan Eng pada malam yang sama kami tiba. Majlis ini berlangsung sederhana dan menarik. Rata-rata atlit tidak menyangka Ketua Menteri sudi hadir merasmikan kejohanan sukan ini. Semua atlit-atlit daripada setiap negeri dapat di lihat di dalam dewan pada malam tersebut.


Pada Keesokan harinya, semua acara sukan mula berlangsung, terdapat 7 tempat acara dijalankan dan saya dan Fadzli cuba sebaik mungkin untuk melihat dan mengambil gambar di setiap acara bakal berlangsung. Persaingan yang sengit  dan dapat dilihat daripada setiap sukan yang dipertandingkan

Acara Golf


Acara Bola Sepak


Badminton


Bola Jaring


Bowling


Sepak Takraw


Ping Pong


Adat setiap permainan ada yang menang dan ada yang tewas. Ucapan tahniah bagi yang telah berjaya dan bagi yang gagal, cuba perbaiki permainan untuk sukan akan datang. Kejohanan ini berakhir pada 7 November 2014 di majlis makan malam dimana hadiah dianugerahkan kepada pemenang. Ucapan selamat tinggal dan terima kasih kepada tuan rumah Pulau Pinang kerana sudi menerima kahadiran kami untuk kejohanan Sukan SUK Se-Malaysia kali ini. Sehingga berjumpa lagi !



Untuk Mendapatkan Gambar-Gambar Disepanjang Kejohanan Sila Ke Laman Web Berikut :

Laman Web : MEGA (klik nama)
Email : kelabsukselangor@gmail.com
Password : sukansuk2014

(sekiranya tidak boleh masuk, anda boleh mengambil hard copy dari saya di talian : 0355447441)