Mesyuarat Agung Ke 13 (2012)

Mesyuarat Agung yang ke 13 telah pun selesai dijalankan pada 19 Disember 2012. Majlis telah disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor iaitu Y.B. Dato' Haji Mohammed Khusrin Bin Haji Munawi. Kehadiran ketua jabatan, VIP dan semua ahli Kelab SUK yang sanggup berada di dewan hingga ke akhir majlis diucapkan terima kasih. Begitu juga tahniah diucapkan atas kerjasama semua AJK terdahulu yang telah bersama-sama memimpin aktiviti Kelab. Semalam juga menyaksikan pelantikan AJK baru dengan muka-muka baru yang bakal mencambahkan idea baru dan yang pastinya menarik untuk kebajikan semua ahli Kelab. Tahniah diucapkan.