Seronok Lawatan Ke Kidzania!..Apa tu?

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua warga SUK Selangor. Pada tarikh 16 November yang lalu program lawatan ke Kidzania telah berjaya dilaksanakan. Pelbagai kejutan bagi kanak-kanak yang menyertai program tersebut. Mereka telah menerima pelbagai bentuk pengalaman dan suasana alam pekerjaan. Keseronokan tanpa henti ini telah menyukarkan mereka untuk pulang setelah seharian berada di Kidzania. Syabas saya ucapkan kepada semua yang terlibat dengan program ini dan semoga pada masa hadapan ia dapat dilaksanakan sekali lagi.














No comments:

Post a Comment