Solat Gerhana Anjuran Kelab SUK Selangor 2016


Pada 9 Mac 2016 , bermula sebaik sahaja matahari terbit, seluruh Malaysia menyaksikan Fenomena Gerhana Matahari Separa.Fenomena Gerhana Matahari umumnya boleh berlaku apabila 3 jasad besar di angkasa lepas, Bumi, Bulan dan Matahari berada di dalam kedudukan selari.Hasil daripada kedudukan yang unik ini, jasad Bulan akan berupaya menutupi jasad Matahari, lalu akan mengakibatkan bentuk matahari di langit menjadi tidak bulat seperti biasa, dan akan kelihatan seolah-olah hilang sebahagiannya.


Pada lokasi-lokasi tertentu, jasad matahari akan hilang keseluruhannya, lalu terjadilah fenomena Gerhana Matahari Penuh. Pada 9 Mac nanti, hanya negara Indonesia sahaja yang bernasib baik dapat melihat fenomena ini. Kali terakhir penduduk Malaysia dapat melihat fenomena Gerhana Matahari Separa ialah pada bulan Januari 2010.
Setelah berakhirnya fenomena ini, warga SUK Selangor telah menganjurkan solat gerhana beramai-ramai di surau SUK Selangor dan saudara Rosdi bin Basir memberikan sedikit taklimat. Solat gerhana ini diimamkan oleh imam masjid negeri Selangor, Ustaz Samsul Muhaimin Bin Abdullah Saleh.
Pengerusi Kelab SUK Selangor, Dato' Mazalan Bin Md Noor turut hadir bagi melakukan solat gerhana pada hari tersebut.











No comments:

Post a Comment