Program Lawatan Ke KIDZANIA..Menarik !

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua warga SUK Selangor. Pada menyuarat Kelab yang lalu , Jawatankuasa Kecil Pendidikan Kelab SUK Selangor telah bercadang untuk mengadakan program lawatan sambil belajar ke Kidzania yang terletak di Damansara. Apakah itu Kidzania?



"KidZania Kuala Lumpur merupakan pusat hiburan keluarga tertutup yang terletak di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Malaysia. Taman tema ini menawarkan pembelajaran interaktif dan pengalaman dalam hiburan untuk kanak-kanak di dalam bandar yang bersaiz kecil. Pengalaman berada di sini adalah seperti kehidupan sebenar yang memperkasa, memberi inspirasi dan mendidik anak-anak kecil dalam melakukan pekerjaan di dalamnya.
Tempat ini juga adalah yang ketiga di rantau Asia Tenggara dan kesebelas di dunia. Tempat ini juga mengalami perubahan dalam menyedikan fasiliti yang diperbaharui dan diperbaiki selain daripada aktiviti, operasi dan pengisiannya dari semasa ke semasa.
Para pengunjung juga berpeluang untuk memilih sebuah pertubuhan seperti hospital, balai bomba, salon kecantikan, bank, stesyen radio, studio televisyen, teater dan lain-lain. Kanak-kanak akan diberi pilihan untuk memilih satu pekerjaan yang terdiri daripada lebih 90 pekerjaan yang berlainan di 59 pertubuhan yang berlainan. Mereka juga boleh menjadi pakar bedah, ahli bomba, wartawan, juruterbang, mekanik, model, doktor, pelukis dan pelakon serta banyak lagi.
Mereka juga boleh memperolehi wang di dalam matawang KidZania yang digelar sebagai "kidZos" yang boleh disimpan di dalam akaun simpanan atau mempelanjakannya di sekitar KidZania Kuala Lumpur."



Apa Yang Perlu Anda Tahu?

TEMPAT LAWATAN KIDZANIA KUALA LUMPUR, DAMANSARA UTAMA

BOLEH DISERTAI OLEH
 KANAK-KANAK BERUMUR 4 TAHUN -9TAHUN SAHAJA(SEORANG  ANAK BAGI SETIAP KELUARGA)

TARIKH LAWATAN 16 NOVEMBER 2013(SABTU)

YURAN DITANGGUNG SEPENUHNYA OLEH KELAB SUK SELANGO(IBUBAPA/PENJAGA YANG INGIN MENGIKUTI LAWATAN INI ADALAH  DIBAWAH TANGGUNGAN SENDIRI)

PENGANGKUTAN DISEDIAKAN(KANAK-KANAK SAHAJA)

PENYERTAAN TERBUKA KEPADA 40 ORANG KANAK-KANAK YANG MENDAFTAR AWAL               


TARIKH TUTUP PENGHANTARAN BORANG PENYERTAAN PADA 18 OKTOBER 2013  (JUMAAT)


SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI CIK SHAMSIAH BINTI JURAIMY
   03-55447836, shamsiah@selangor.gov.my


No comments:

Post a Comment