Kejohanan Futsal Piala YB Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor 2013

Pada 29 Jun 2013 yang lepas, Kejohanan Futsal Piala YB Setiausaha  Kerajaan Negeri Selangor 2013 telah berlangsung di Triways Sport Centre, Padang Jawa.  Majlis peramian pembukaan telah disempurnakan oleh Y.Bhg Dato' Tarmedi Bin haji Omar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Pengurusan) merangkap Pengerusi Kelab SUK Selangor dan Majlis penutup pula telah disempurnakan oleh Y.Bhg Dato'Haji Mohamad Roslan Bin Sakiman, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor(Pembangunan) yang mewakili YB Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

36 pasukan telah mendaftarkan pasukan masing-masing dimana 32 pasukan ini dari kategori lelaki dan 4 dari kategori wanita. Acara kali ini telah menghimpunkan seramai 400 orang penjawat awam di Negeri Selangor. Setelah perlawanan selesai, keputusan yang diperolehi ialah :

KATEGORI LELAKI

JOHAN : MAJLIS PERBANDARAN KLANG (B)

NAIB JOHAN : JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (A)

KETIGA : MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR

KEEMPAT : LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR (B)

SAGUHATI : PEJABAT DAERAH/TANAH HULU SELANGOR
                      MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM
                      PEJABAT DAERAH/TANAH PETALING (A)
                      MAJLIS PERBANDARAN KLANG (A)


KATEGORI WANITA

JOHAN : LEMBAGA KELAPA SAWIT MALAYSIA

NAIB JOHAN : PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

KETIGA : PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR

KEEMPAT : JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR





KEPADA PASUKAN YANG MENANG, KAMI DARIPADA KELAB SUK SELANGOR MENGUCAPKAN JUTAAN TAHNIAH DAN KEPADA PASUKAN YANG KALAH, BOLEH CUBA PADA TAHUN DEPAN.


No comments:

Post a Comment