Penyerahan Tajaan Kepada Pasukan Bola Sepak SUK Selangor ke SUK Se-Malaysia Oleh Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB)



Pada 15 September 2016, Pasukan Bola Sepak SUk Selangor telah menerima penajaan daripada Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) berupa jersi dan bola. Pengurus Pasukan Projek, En. Md Yunus dan Iskandar B Md Noor bersama-sama Pengurus Korporat / Setiausaha syarikat, En. Mohamad Nizam B. Hj Yaacob telah menyerahkan sumbangan penajaan kepada Pengerusi Kelab SUK, Y.Bhg Dato' Mazalan Md Noor yang turut ditemani Setiausaha Kelab, En. Mohd Khairul Ashraff Bin Radzali dan AJK Induk Sukan, En. Mohd Faizal B. Mohamdd Said.

Sumbangan ikhlas daripada PNSB ini diharapkan dapat membakar semangat atlet bola sepak SUK Selangor untuk menempah kejayaan di Johor Bahru minggu ini. Terima Kasih.






MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI KELAB SUK SELANGOR 2016



DI JEMPUT SEMUA WARGA SUK SELANGOR HADIR DAN MEMERIAHKAN SUASANA RAYA TAHUN INI

MAJLIS TADARUS DAN KHATAM AL QURAN PERDANA PUSPANITA NEGERI SELANGOR DENGAN KEJASAMA KELAB SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR PERINGKAT NEGERI SELANGOR



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada 17 Jun 2016, Majlis Tadarus Dan Khatam Al-Quran Perdana Anjuran Kelab SUk Selangor dan Puspanita Negeri Selangor telah berjaya dilaksanakan. Laporan lanjut berkenaan majlis tersebut boleh di baca di link di bawah :

SAMBUTAN HARI IBU OLEH JAWATANKUASA KECIL HAL EHWAL WANITA 2016



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada 27 Mei 2016 yang lalu, Jawatankuasa Induk Hal Ehwal Wanita Kelab SUK Selangor telah menganjurkan Sambutan Hari Ibu di Dewan Jubli Perak. Laporan penuh boleh dibaca di link di bawah :



Kami Jawatankuasa Kelab SUK Selangor Ingin Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri


Kami Mencari Ibu Tunggal dan bapa Tunggal Warga SUK




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kami sedang mengumpulkan nama-nama ibu tunggal dan bapa tunggal warga SUK Selangor untuk menerima sumbangan daripada Kelab SUK Selangor

Oleh yang demikian, tuan/puan boleh memberikan nama anda kepada Puan Normah selaku Pengerusi Jawatankuasa Kecil Kebajikan 

No Telefon : 03-55447948

E-mail : normah.tajudin@selangor.gov.my


Kelab SUK menghargai sumbangan anda !