PROGRAM PERKHEMAHAN DI TAMAN NEGARA ENDAU ROMPIN


Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua warga SUK. Kelab SUK Selangor akan mengadakan Program Perkhemahan Di Taman Negara Endau Rompin di negeri Pahang. Program ini akan dikawal selia oleh Unit Jawatankuasa Kecil Sosial Dan Kebudayaan. Ia menjanjikan pelbagai aktiviti yang menarik dan sudah pastinya mencabar keupayaan fizikal dan mental.


APA YANG PERLU ANDA TAHU ?

  • Program ini akan berlangsung pada 4-6 Oktober 2013
  • 3 hari 2 malam tersebut dengan harga pakej berjumlah RM400.00 seorang.
  • Setelah 30% daripada kos ditanggung oleh Kelab SUK
  • Ahli kelab yang mengikuti lawatan tersebut adalah sebanyak RM280.00  sahaja
  • bayaran penuh untuk pengesahan penyertaan sebelum atau pada 30hb. OGOS. 2013 (Jumaat) kepada pihak urusetia

ATURCARA PROGRAM

Masa bertolak            - 11.30 malam (3hb. Oktober 2013) Khamis
Tempat berkumpul    - Hadapan Bangunan Dewan Negeri, SUK
Kenderaan                 - Bas SUk
Peserta                      - 38 orang (termasuk 2 orang pemandu)




Untuk membaca memo aktiviti   :     MEMO
Untuk membaca slide aktiviti      :     SLIDE

Oleh yang demikian, sesiapa yang berminat boleh menghubungi nombor dibawah untuk mengambil bahagian di dalam program yang hebat dan sudah pastinya mendekatkan diri kita dengan flora dan fauna.



NOR AZAM SHARLAN

03-55447941

010-2268460



FIRST COME FIRST SERVE !





No comments:

Post a Comment