Kuliah zohor

Biro Agama Kelab SUK Selangor akan menganjurkan ceramah seperti berikut :
Tarikh : 27 hb September 2013 bersamaan hari Jumaat
Tempat : Surau SUK tkt bawah Bangunan SSAAS
Masa : 12.30 tengah hari
Penceramah : Ustazah Prof Sharifah Zaharah binti Syed Mohammad
Tajuk : 50 WASIAT RASULLULLAH UNTUKWANITA
Semua muslimat dijemput hadir

Kuliah zohor

Biro Agama Kelab SUK Selangor akan menganjurkan ceramah seperti berikut :
Tarikh : 26 hb September 2013 bersamaan hari Khamis
Tempat : Surau SUK tkt bawah Bangunan SSAAS Shah Alam
Masa : 1.00 tengah hari
Penceramah : Ustaz Shamsudin bin Hj  Sidek
Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir

Sudah Bersedia Untuk Senam Robik?..Marilah Sertai Sekarang!


Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Kelab SUK Selangor, telah mengadakan semula Kelas Aerobik. Ia akan bermula pada 1 Oktober 2013.  Marilah memeriahkan aktiviti ini dan pada masa yang sama menyihatkan badan setelah lesu bekerja. Berbaloi sekiranya anda menyertainya.

Apakah Yang Perlu Anda Tahu :

Untuk                         : Para Wanita Sahaja

Hari Yang Dipilih        : ISNIN,RABU dan JUMAAT

Masa                          : 5.30 PM-6.30 PM

Bayaran Ahli Kelab     : RM 10.00 sebulan

Bayaran Ahli Luar       : RM 30.00 sebulan

Pertanyaan                  : 019-2996015 / 03-55212301



JOM BERSENAM !

Kuliah zohor

Biro Agama Kelab SUK Selangor akan menganjurkan ceramah seperti berikut :
Tarikh : 19 hb September 2013 bersamaan hari Khamis
Tempat : Surau SUK tkt bawah Bangunan SSAAS Shah Alam
Masa : 1.00 tengah hari
Penceramah : Ustaz Zaki bin Mohd Arshad
Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir
Terima kasih

Kuliah zohor

Biro Agama Kelab SUK Selangor akan menganjurkan ceramah seperti berikut :
Tarikh : 13 hb September 2013 bersamaan hari Jumaat
Tempat : Surau Suk tkt bawah Bangunan SSAAS Shah Alam
Masa : 12.30 tengah hari
Penceramah : Ustazah Norsiah binti Sulaiman
Semua musliamt dijemput hadir

Kuliah zohor

Biro Agama Kelab SUK Selangor akan menganjurkan ceramah seperti berikut :
Tarikh : 12 hb September 2013 bersamaan hari Khamis
Tempat : Surau SUK tkt bawah Bangunan SSAAS Shah Alam
Masa : 1.00 tengah hari
Penceramah : Ustaz Nazri bin Mohd Isa
Semua muslimin dan muslimat di jemput hadir
Terima kasih

Berjaya! Lawatan ke Universal Studio Singapura


Pada 6-8 September 2013, Kelab SUK Selangor telah menghantar 36 peserta untuk melawat Universal Studio Singapura. Pada malam jumaat tersebut ,semua peserta telah berkumpul dihadapan Bangunan Annex dan bertolak pergi tepat pukul 10.30 malam. Perjalanan yang dilalui amat menyeronokkan dan pelbagai gelagat peserta dapat dilihat semasa di dalam bas yang bergerak menuju ke Singapura. Antara acara yang dilakukan ialah nyanyian karaoke. Peserta akhirnya berhenti untuk membersihkan diri dan makan dan kemudian terus bergerak ke hotel penginapan , Grand Sentosa Hotel hanya untuk meletakkan beg. Kemudian peserta menaiki bas yang disediakan oleh pihak hotel menuju ke Universal Studio Singapura.


Di sana, kami tiba dalam keadaan suasana kawasan hujan renyai-renyai. Walaubagaimanapun ia tidak membantutkan perjalanan program dan semua peserta bergerak bebas untuk merasai keseronokan permaianan dan keindahan suasana Universal Studio Singapura.


Pada Pukul 8.00 malam, sebagai tanda penutup, acara pertunjukkan bunga api secara gilang gemilang dipaparkan dan membuatkan semua peserta teruja. kemudian, semua peserta pulang semula ke hotel penginapan untuk berehat dan tidur



Keesokan hari, peserta bersarapan bersama-sama dan bergerak ke tempat seterusnya iaitu Johor Premium Outlet sebagai noktah terahir program pada hari itu. Pelbagai barangan berkualiti dapat dibeli dengan harga yang murah di sini. Setelah 3 jam berada di sana, peserta bertolak pulang ke SUK Selangor dan tiba pada pukul 8.00 malam dengan selamat dan hati penuh kegembiraan walaupun kepenatan. Semoga program seperti ini dapat dilakukan lagi pada tahun akan datang. Ini kerana program sebegini dapat mengeratkan hubungan rakan sekerja tidak kira berlainan jabatan. Tahniah diucapkan kepada AJK Sosial dan Kebudayaan.

Terdapat banyak gambar yang masih belum diterima, Saya akan kepilkan sekali di laman blog ini dalam masa terdekat.  Terima Kasih




PROGRAM PERKHEMAHAN DI TAMAN NEGARA ENDAU ROMPIN


Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua warga SUK. Kelab SUK Selangor akan mengadakan Program Perkhemahan Di Taman Negara Endau Rompin di negeri Pahang. Program ini akan dikawal selia oleh Unit Jawatankuasa Kecil Sosial Dan Kebudayaan. Ia menjanjikan pelbagai aktiviti yang menarik dan sudah pastinya mencabar keupayaan fizikal dan mental.


APA YANG PERLU ANDA TAHU ?

  • Program ini akan berlangsung pada 4-6 Oktober 2013
  • 3 hari 2 malam tersebut dengan harga pakej berjumlah RM400.00 seorang.
  • Setelah 30% daripada kos ditanggung oleh Kelab SUK
  • Ahli kelab yang mengikuti lawatan tersebut adalah sebanyak RM280.00  sahaja
  • bayaran penuh untuk pengesahan penyertaan sebelum atau pada 30hb. OGOS. 2013 (Jumaat) kepada pihak urusetia

ATURCARA PROGRAM

Masa bertolak            - 11.30 malam (3hb. Oktober 2013) Khamis
Tempat berkumpul    - Hadapan Bangunan Dewan Negeri, SUK
Kenderaan                 - Bas SUk
Peserta                      - 38 orang (termasuk 2 orang pemandu)




Untuk membaca memo aktiviti   :     MEMO
Untuk membaca slide aktiviti      :     SLIDE

Oleh yang demikian, sesiapa yang berminat boleh menghubungi nombor dibawah untuk mengambil bahagian di dalam program yang hebat dan sudah pastinya mendekatkan diri kita dengan flora dan fauna.



NOR AZAM SHARLAN

03-55447941

010-2268460



FIRST COME FIRST SERVE !