Majlis Korban Sempena Hari raya Aidil Adha Anjuran Kelab SUK Selangor


Biro Agama Kelab SUK Selangor sekali lagi telah mengadakan program sembelihan korban sempena menyambut hari Raya Aidil Adha yang berlangsung di Rumah Kelab SUK Selangor pada hari Rabu , 8 Oktober 2014. . Tugasan- tugasan yang telah disusun atur dengan kemas menjadikan program ini dapat berjalan dengan lancar. Kehadiran AJK-AJK yang telah dilantik untuk menyembelih, memotong dan membungkus menjadikan proses lebih pantas. Proses penyembelihan dilakukan seawal pukul 7.30am dan proses pembungkusan selesai pada pukul 11.30am. Kehadiran Timbalan SUK yang baru menambahkan semangat urusetia menjalankan tugasan masing-masing.

Juadah makanan berupa sup tulang dan kambing panggang menjadi menu utama setelah proses pengagihan daging korban kepada warga pekerja SUK Selangor. Keseronokan dan kepuasan yang terpapar diwajah setiap warga SUK menjadikan ia salah satu program terbaik dari Biro Agama. Tahniah !