Perasmian Bulan Sukan Dalaman SUK Selangor 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada hari ahad yang lepas, berlangsung salah satu acara sukan yang dipertandingkan di dalam sukan dalaman SUK Selangor iaitu sukan bowling. Sambutan yang hebat dan suasana yang gamat menunjukkan betapa seronoknya setiap warga SUK yang mengambil bahagian dalam sukan ini.

Acara perasmian sukan dalaman SUK Selangor turut berlangsung dan telah dirasmikan oleh YB. Dato' Haji Mohammed Khusrin Bin Haji Munawi, Y.B Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Kami dari AJK induk Kelab SUK Selangor mengucapkan jutaan terima kasih kerana YB. Dato' Haji Mohammed Khusrin Bin Haji Munawi sudi menghadirkan diri untuk membuat perasmian secara rasminya. Terima Kasih.
                                                                                                           DISEDIAKAN OLEH BIRO IT DAN PENERBITAN
































DISEDIAKAN OLEH AJK IT DAN PENERBITAN