Pasukan Bola Sepak Bertarung Di Stadium Shah Alam..Hebat !

Pada kejohanan Sukan Perdana SUK Selangor yang lepas, telah berlangsung sukan bola sepak yang merupakan sukan terakhir yang berlangsung di arena Stadium Shah Alam.  Pasukan Iriz telah menewaskan pasukan Axia di dalam acara ini. Jaringan 1-0 hasil jaringan minit ke-18 kekal sehingga wisel penamat. Axia berpeluang untuk menyamakan kedudukan apabila dihadiahkan sepakan penalti, tetapi berjaya ditepis oleh penjaga gol Iriz dengan gaya yang menarik.

Acara ini telah berlangsung dengan jayanya dan pemilihan lokasi sukan bola sepak kali ini amat mengejutkan dan membanggakan. Satu pengalaman yang berharga dapat dirasai oleh semua pemain dan penyokong apabila menjejakkan kaki ke dalam Stadium Shah Alam dan bermain di atas padang rumput keramat ini.

Kehadiran  Y.BHG Dato' Mazalan Md. Noor untuk merasmikan dan memeriahkan acara sukan bola sepak ini amat dihargai. Saya mewakili Setiausaha, Bendahari dan semua AJK Induk Kelab SUK Selangor Mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Y.BHG Dato' Mazalan Md. Noor. Ucapan tahniah juga kepada AJK Induk Sukan Dan Rekreasi kerana berjaya menganjurkan sukan kali ini dengan pelbagai kejutan dan berlangsung dengan meriah. Tahniah !


                                                                                                                                                                              DISEDIAKAN OLEH BIRO IT DAN PENERBITAN