LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KOREA ์ข‹์€์•„์นจ: joh-eun a-chim :O


Assalamualaikum dan Selamat pagi kepada semua warga SUK dan warga Selangor amnya. Biro Sosial dan Kebudayaan telah mengadakan satu lagi lawatan sambil belajar ke SOEL, KOREA SELATAN. Saya yang menaip info ini turut terasa teruja mengenai program ini. Anda bagaimana?

INFO YANG PERLU ANDA TAHU IALAH :

  1. PROGRAM BERLANGSUNG PADA 19-24 DISEMBER 2013 (6 HARI 4 MALAM)
  2. KOS KESELURUHAN UNTUK SEORANG RM2310.00(30% DITANGGUNG SUK)
  3. DEPOSIT RM 500.00 SEBELUM ATAU PADA 5 APRIL 2013

CADANGAN PEMBAYARAN KOS LAWATAN :


Oleh  Yang demikian, jangan tunggu lagi, buka dompet atau cucuk kad di bank dan terus membuat tempahan. Kalau terlepas nanti anda mungkin terlepas peluang untuk melihat keindahan Negara Korea dan Kehenseman/Kejelitaan penduduknya. :)

 Sila Muat Turun  Borang Disini-------> Download

Sebarang pertanyaan boleh berhubung :
TELEFON/E-MAIL : 03-55447941 / 03-55447545/ 03-55125193(Faks)
Urusetia :- EN. NOR AZAM BIN SARLAN > nor_azam@selangor.gov.my
PN. NOR HAYATI BINTI ABD. SAM AD > norhayatisamad@selangor.gov.my


Buletin Pejabat SUK Edisi Terkini Telah Diedarkan!















New magazine about our lovely SUK has been distributed all over the building. Catch some of good stuff inside. Happy Reading!

Sincere from Amir Hisham


Jom! Lawatan Sambil Belajar Ke Pulau Redang, Terengganu :)




















Kelab SUK Selangor sekali lagi menyediakan aktiviti yang menarik untuk warga pejabatnya. Kali ini, aktiviti lawatan Sambil Belajar ke Pulau Redang, Terengganu. Marilah sama-sama mengambil bahagian dan untuk pengetahuan anda semua, penyertaan kali ini hanya dibuka untuk 40 orang ahli sahaja. JANGAN KETINGGALAN !

MAKLUMAT YANG PERLU ANDA TAHU :

  1. HANYA UNTUK 40 ORANG
  2. NAIK BAS SUK
  3. BERTOLAK 2 MEI 2013 JAM 10.00 MLM
  4. BAYARAN PENYERTAAN AHLI KELAB RM 462.00 (SUBSIDI)
  5. DEPOSIT RM150.00, TUNAI, SEBELUM ATAU PADA 18 MAC 2013
  6. BAKI RM312.00 SEBELUM ATAU PADA 12 APRIL 2013
  7. DOWNLOAD BORANG--------> DOWNLOAD




Pertandingan Karaoke 29 Mac 2013














Salam sejahtera, semua ahli Kelab SUK Selangor dijemput menyertai pertandingan karaoke sempena majlis makan malam tahunan Kelab SUK Selangor bagi tahun 2013.

Promosi Saringan Karaoke 29 Mac 2013

Harap maklum tarikh dan tempat berikut:-

1) Saringan :
Tarikh : 29 Mac 2013
Masa : 2.30 petang
Tempat : Ballroom, Dewan Jubli Perak, Shah Alam

2) Peringkat Akhir : 
Tarikh : 5 April 2013
Masa : 8.00 malam
Tempat : De Palma Hotel, Seksyen 19, Shah Alam

Dapatkan borang dengan mendownload dari link di bawah:

DOWNLOAD



Kuliah zohor

Biro Agama Kelab Suk Selangor akan menganjurkan ceramah seperti berikut :
Tarikh : 12 hb Januari 2013 bersamaan hari  Jumaat
Tempat : Surau SUK Bangunan SSAAS tkt bawah Bangunan SSAAS Saha Alam
Masa : 12.30 tengah hari
Penceramah : Ustazah Norsiah binti Sulaiman
Tajuk : Tafsir AlQuran
Semua muslimat dijemput hadir

Mesyuarat Agung Ke 13 (2012)

Mesyuarat Agung yang ke 13 telah pun selesai dijalankan pada 19 Disember 2012. Majlis telah disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor iaitu Y.B. Dato' Haji Mohammed Khusrin Bin Haji Munawi. Kehadiran ketua jabatan, VIP dan semua ahli Kelab SUK yang sanggup berada di dewan hingga ke akhir majlis diucapkan terima kasih. Begitu juga tahniah diucapkan atas kerjasama semua AJK terdahulu yang telah bersama-sama memimpin aktiviti Kelab. Semalam juga menyaksikan pelantikan AJK baru dengan muka-muka baru yang bakal mencambahkan idea baru dan yang pastinya menarik untuk kebajikan semua ahli Kelab. Tahniah diucapkan.


Kuliah zohor

Biro Agama Kelab   SUK Selangor akan menganjurkan ceramah seperti berikut :
Tarikh : 14hb Disember 2012 hari Juamaat
Tempat : Surau SUK Tkt bawah Bangunan SSAAS Shah Alam
Masa : 12.30 tengah hari
Penceramah : Ustazah Norsiah binti Sulaiman
Tajuk : Tafsir Al-Quran
Semua muslimat dijemput hadir