Acara Tarik Tali Sukan Perdana....Gempar!

Tahniah kepada Pasukan Axia yang telah memenangi acara tarik tali pada acara sukan perdana yang bertempat di padang bola sepak SUK Selangor. Pada 28 Mei 2015 yang lepas, acara ini telah berlangsung dengan suasana meriah dengan pelbagai adegan yang menggelikan hati. Semangat setiap pasukan yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menggapai kemenangan jelas kelihatan ketika acara ini berlangsung. Kehadiran penyokong kedua-dua pasukan yang menyemarakkan semangat peserta tarik tali Axia dan Iriz sangat dikagumi dan saya amat bangga dengan semangat sukan yang ditunjukkan oleh semua pihak. Bagi yang tewas, kita bertarung lagi pada tahun hadapan !

                                                                                                            DISEDIAKAN OLEH BIRO IT DAN PENERBITAN








Gambar Sempena Sambutan Hari Ibu 2015


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga SUK Selangor. Semoga baik hendaknya, Pada 15 Mei 2015 yang lepas , Jawatankuasa Kecil Hal Ehwal Wanita, Kelab SUK Selangor telah menganjurkan sambutan Hari Ibu 2015 di Dewan Jubli Perak.

Acara ini diserikan lagi dengan acara potong kek sebagai tanda perasmian majlis Hari Ibu ini oleh  Y.BHG Datin Saliza Binti Shafie diiringi oleh Y.BHG Datin Rahimah Abd Razak, Y. BHG Datin Wan Rabiah, Y.BHG Datin Hariani, Puan Lailatun dan Puan Aziah . Bagi menyerikan dan menghiburkan tetamu-tetamu majlis ini, Dua artis jemputan iaitu Azizul Khamis dan Rohana Jalil telah menyanyikan lagu masing-masing

Tahniah diucapkan kepada AJK Induk Hal Ehwal Wanita !
                                                                                                                                                                              DISEDIAKAN OLEH BIRO IT DAN PENERBITAN






ROHANA JALIL

Perubahan Tarikh ! Treasure Hunt 2015


Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai aktiviti "Treasure Hunt " anjuran Biro Sukan Dan Rekreasi untuk tahun 2015 ini, penyertaan masih dibuka. Sila isikan borang dan hantarkan kepada individu yang dipertanggungjawabkan. Maklumat tersebut boleh di dapati dari dalam poster.

Terima kasih

" Rugi Kalau Tak Join "...




Keratan Akhbar Aktiviti Treasure Hunt 2013/2014

DISEDIAKAN OLEH BIRO IT DAN PENERBITAN

Program Career Building...Berminat ?


Perasmian Bulan Sukan Dalaman SUK Selangor 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada hari ahad yang lepas, berlangsung salah satu acara sukan yang dipertandingkan di dalam sukan dalaman SUK Selangor iaitu sukan bowling. Sambutan yang hebat dan suasana yang gamat menunjukkan betapa seronoknya setiap warga SUK yang mengambil bahagian dalam sukan ini.

Acara perasmian sukan dalaman SUK Selangor turut berlangsung dan telah dirasmikan oleh YB. Dato' Haji Mohammed Khusrin Bin Haji Munawi, Y.B Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Kami dari AJK induk Kelab SUK Selangor mengucapkan jutaan terima kasih kerana YB. Dato' Haji Mohammed Khusrin Bin Haji Munawi sudi menghadirkan diri untuk membuat perasmian secara rasminya. Terima Kasih.
                                                                                                           DISEDIAKAN OLEH BIRO IT DAN PENERBITAN
































DISEDIAKAN OLEH AJK IT DAN PENERBITAN

Perlawanan Akhir Sukan Perdana SUK Selangor




 
MARILAH TURUN BERSAMA-SAMA MEMBERIKAN SOKONGAN