Program Lawatan Ke Kelantan Dan Terengganu

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua warga SUK Selangor. Aktiviti kelab pada tahun ini akan dimulakan degan program lawatan sambil bercuti ke Kelantan dan Terengganu yang akan dikendalikan oleh Jawatankuasa Kecil Hal Ehwal Wanita. Ia telah berlangsung pada 28 Mac 2014  sehingga 31 Mac 2014. Program kali ini memberi peluang kepada warga SUK untuk melihat keindahan negeri lain dan memberikan sedikit ruang kepada warga SUK untuk melepaskan diri daripada tekanan kerja. Walaupun terdapat beberapa masalah teknikal, ia tetap merupakan satu program yang menarik dan berjaya.

Tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Kecil Hal Ehwal Wanita !










































Untuk mendapatkan gambar dipaparkan di atas dan gambar lain,anda boleh mengambilnya daripada saya, Amir Hisham Bin Akaludin di BTM atau menghubungi di talian  ext: 7441

FOTO PROGRAM SOLAT SUNAT ISTISQO

Sukacita dikongsikan beberapa foto semasa program solat istisqo dan solat mendoakan keselamatan pesawat MH 370 yang masih hilang pada 13 Mac 2014 pada hari Khamis di dataran pejabat SUK Selangor.

Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan pada masa yang sama ia salah satu usaha warga SUK melibatkan diri untuk  mendoakan hujan turun dan usaha-usaha pencarian MH 370 dipermudahkan. Semoga majlis seperti ini dapat diteruskan dari masa ke semasa.

Tahniah diucapkan kepada JAWATANKUASA KECIL HAL EHWAL AGAMA KELAB SUK SELANGOR !