FOTO PROGRAM SOLAT SUNAT ISTISQO

Sukacita dikongsikan beberapa foto semasa program solat istisqo dan solat mendoakan keselamatan pesawat MH 370 yang masih hilang pada 13 Mac 2014 pada hari Khamis di dataran pejabat SUK Selangor.

Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan pada masa yang sama ia salah satu usaha warga SUK melibatkan diri untuk  mendoakan hujan turun dan usaha-usaha pencarian MH 370 dipermudahkan. Semoga majlis seperti ini dapat diteruskan dari masa ke semasa.

Tahniah diucapkan kepada JAWATANKUASA KECIL HAL EHWAL AGAMA KELAB SUK SELANGOR !