Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Antara SUK Selangor dan PNSB



Pada 4 Mac 2016 yang lepas, Kelab SUK Selangor di Biro Sukan Dan Rekriasi telah menganjurkan perlawanan persahabatan beramasa- sama dengan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB). Perlawanan tersebut dilakukan di waktu malam di Padang SUK Selangor yang baru siap dibaik pulih.

Sebelum perlawanan bermula, majlis pertukaran cenderamata dilakukan di atas padang di mana wakil daripada Kelab SUK Selangor, En. Mohd Khairul Ashraff Bin Radzali selaku setiausaha kelab SUK Selangor dan wakil daripada PNSB, En. Mohamad Nizam Bin Yaacob selaku setiausaha Kelab Bola Sepak PNSB

Perlawanan berlangsung dengan tiupan wisel dan boleh dilihat kekuatan setiap pasukan setara. Serangan demi serangan yang dilakukan oleh setiap pasukan di depan gol pasukan lawan amat mendebarkan. Walabagaimanapun, adat permainan pastinya ada yang menang dan ada yang tewas. Pasukan PNSB telah memenangi perlawanan pada malam tersebut dengan keputusan 3-1.

Tahniah kepada pasukan yang menang. Insyaallah pada masa akan datang, pasukan SUK Selangor akan bangkit memenangi perlawanan bola sepak ini dengan "aggregate" lebih besar.



























Solat Gerhana Anjuran Kelab SUK Selangor 2016


Pada 9 Mac 2016 , bermula sebaik sahaja matahari terbit, seluruh Malaysia menyaksikan Fenomena Gerhana Matahari Separa.Fenomena Gerhana Matahari umumnya boleh berlaku apabila 3 jasad besar di angkasa lepas, Bumi, Bulan dan Matahari berada di dalam kedudukan selari.Hasil daripada kedudukan yang unik ini, jasad Bulan akan berupaya menutupi jasad Matahari, lalu akan mengakibatkan bentuk matahari di langit menjadi tidak bulat seperti biasa, dan akan kelihatan seolah-olah hilang sebahagiannya.


Pada lokasi-lokasi tertentu, jasad matahari akan hilang keseluruhannya, lalu terjadilah fenomena Gerhana Matahari Penuh. Pada 9 Mac nanti, hanya negara Indonesia sahaja yang bernasib baik dapat melihat fenomena ini. Kali terakhir penduduk Malaysia dapat melihat fenomena Gerhana Matahari Separa ialah pada bulan Januari 2010.
Setelah berakhirnya fenomena ini, warga SUK Selangor telah menganjurkan solat gerhana beramai-ramai di surau SUK Selangor dan saudara Rosdi bin Basir memberikan sedikit taklimat. Solat gerhana ini diimamkan oleh imam masjid negeri Selangor, Ustaz Samsul Muhaimin Bin Abdullah Saleh.
Pengerusi Kelab SUK Selangor, Dato' Mazalan Bin Md Noor turut hadir bagi melakukan solat gerhana pada hari tersebut.











Tahniah Kepada Pemenang Sukan 6 Penjuru



Pada 10 Mac 2016, telah berlangsung Kejohanan Sukan Jemputan 6 Penjuru yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Klang. Sukan yang dipertandingkan  ialah seperti futsal, badminton, karom dan ping pong. Sukan ini telah disertai oleh Majlis Perbandaran Klang, Majlis Perbandaran Selayang, Majlis Daerah Kuala Langat, Majlis Sukan Negeri Selangor, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan Pejabat Daerah Dan Tanah Klang.

Biro IT Dan Penerbitan Kelab SUK Selangor mengucapkan tahniah bagi yang berjaya dan bagi yang tewas boleh berusaha lebih kuat lagi pada masa akan datang.






Lawatan Sambil Belajar Ke Pusat Serenti/Cure N Cara Rehabilation (CCRC) Bachok, Kelantan



Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Kecil Hal Ehwal Wanita,Kelab Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor akan mengadakan Lawatan Sambil Belajar Ke Pusat Serenti/Cure N Cara Rehabilation (CCRC) Bachok, Kelantan. Penyertaaan terbuka khusus kepada ahli kelab (Wanita) sahaja dan penyertaan terhad kepada 36 orang. Maklumat lawatan adalah seperti berikut :

 Tarikh         :           1 – 3 April 2016

  Hari            :          Jumaat , Sabtu dan  Ahad

                       Bayaran        :           RM 50.00
                       


Penyertaan dibuat berdasarkan siapa cepat, dia dapat. Borang penyertaan dan bayaran hendaklah dibuat sebelum atau pada 15 Mac 2016 (Selasa). Maklumat lanjut, silalah hubungi

Puan Nur Syakirin binti Mohd. Rosli: 55447834 

Puan Maizura binti Ismail : 55212279



TAWARAN LAWATAN PERCUTIAN KELAB SUK SELANGOR KE HO CHI MINH CITY ,VIETNAM








Assalamualikum dan salam sejahtera

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kelab SUK Selangor dibawah jawatankuasa Sosial Dan Kebudayaan akan menganjurkan lawatan percutian ke Ho Chi Minh City,Vietnam pada :

30 September sehingga  3 Oktober 2016 (4 Hari 3 Malam)

Terdapat 37 tempat sahaja dan ia ditawarkan kepada ahli kelab SUK Selangor sahaja dan diberikan kepada " Siapa Cepat Dia Dapat"

Untuk makluman warga SUK Selangor semua, kos keseluruhan adalah RM 1400.00. Walaubagaimanapun, Pakej lawatan ini kan ditanggung oleh Kelab SUK Selangor sebanyak 30% (rm420.00 seorang), oleh itu 70% baki akan dibayar oleh peserta adalah RM 980.00 sahaja.

Oleh itu, sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi :


  1. Pn. Noorzida bt. Mad Ghani { 03-55447521 }
  2. Pn. Nurafaridah bt. Yaakob  { 03-55447171 }

Lampiran lawatan dan Borang Penyertaan boleh diambil di sini : BORANG




Jom Kita BerZUMBA !



Apa itu Zumba?
Sedikit into tentang Zumba
Berikut adalah info tentang senaman Zumba dan kelebihannya sebagai aktiviti senaman kardiovakular, fitness dan lain-lain.
1. Apa dia?
Zumba merupakan kombinasi elemen tarian dan aerobik yang mulanya diasaskan oleh seorang choreography pada tahun 1990an sebagai program kecergasan di Colombia dan dari itu, Zumba telah menjadi popular.
2. Dance workout:
Tarian kecergasan Zumba ini memberi kelebihan kepada kecergasan dan kesihatan anda juga disamping mengikut rentak gabungan salsa, mambo, hiphop, latin dan sebagainya.
3. Bakar kalori:
Jangan tak percaya, satu sesi Zumba boleh membuatkan anda membakar 500 – 1000 kalori pada satu satu masa(45-60min). Syabas!
4. HIIT?
Zumba sesuai diamalkan untuk ‘interval training’ bagi membakar lebih kalori dan meningkatkan endurance(ketahanan fizikal)
5. Mood down?
Jgn risau, anda boleh berhibur, dan bersosial bersamai rakan rakan lain dengan cara yang lebih ‘enjoy’ dan santai.
6. Seronok tak?
Zumba adalah salah satu cara yang menyeronokkan untuk exercise, mungkin bagi sesetengah orang, ia lebih seronok daripada usual workouts. Taklah anda setiap masa buat workouts yang sama dan membosankan itu.
7. Seksi!
Pergerakan dance Zumba workout itu memang seksi dan membuat wanita-wanita berasa cantik dan menarik. Goyang gitu.
8. Senaman kardio:
Tambahan lagi, intensity tinggi dan rendah yang diselang-selikan dalam senaman Zumba ini seolah olah memberi anda latihan kecergasan yang lengkap, juga satu latihan cardiovascular yang baik.
9. Kuatkan abs dan pinggang!
Menari ala-ala latin ini memang sering melibatkan pergerakan “gelek-gelek” pinggang yang secara tak langsung kuatkan bahagian core (abs, oblique anda.